sahabat...

Friday, March 27, 2009 | |

masa tengah sibuk2 baca untuk test math rini, tergerak plak tangan ni nak bukak email...
pastu ada fwrd email dari mama, tajuk nya sahabat,meh le kita renung2 kan...

Subject:
sahabat......

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam
kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil
kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi
dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk
menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg
tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa
kecewa. Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu
berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan
kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita
luahkan.. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya
kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita
terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah
kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali
kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan
tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita
menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang
mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga
seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan.
Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang
ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu
kekalutan. Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

RENUNGILAH.. .

"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.
"


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut
agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain
tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan
orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.
(Hukamak)

0 0 org berkata kata:

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers