selamat hari ahad!

Sunday, December 12, 2010 | |

weeho!!
slamat hari ahad semua!
smalam hari sabtu, kami keluar jalan jalan dengan kengkawan dari usm, semuanya 11 orang termasuk kami, pagi pagi lagi seawal jam 8 pagi,*ye kot 8 pagi* 2 bijik kereta bertolak dari usm kampus kejuruteraan ke taman rimba pulau pinang, kami pulak betolak sorang sorang dari rumah ke taman rimba. kalau dari balik pulau, jalan yang terdekat untuk pergi taman rimba adalah melalui jalan bukit selepas sungai pinang tuh, bukit ape ntah nama dia, tak penah tahu plak, hehhehe...taman rimba ni terletak di telok bahang, bersebelahan ja dengan taman rama rama dan empangan telok bahang. taman rimba ni tempat mandi manda.

Dulu masa kami kecik kecik kami slalu la jugak p taman rimba, dulu dulu budak kecik yang duduk area balik pulau ni dah kira perkara biasa la kalau bercerita bab mandi air sungai kat sungai pinang ka, air terjun titi kerawang ka, taman rimba ka, pantai pasir panjang ka, mndi laut batu feringgi atau telok bahang nih. budak budak skarang ni aysik p quensbay jeh...skit2 quensbay, tak pon padang kota,*macam adik kami* haish... tapi kecik kecik je lah kami p...lepas tuh dah tak pernah p sampailah semalam, baru la menjejakkan kaki balik di situ...hehehe...banyak jugak la perubahan dia...


bakal bakal engineer kimia dan awam


dari pagi sampai ke tengah ari jugak la kami semua bergembira di situ, mandi manda plus makan makan makanan yang dibawak. bila semua orang dah penat bergumbira, kami suma pon terus siap siap bungkus dan bergerak ke masjid terapong batu feringgi untuk memunaikan solat zohor...

tapi sebelum tuh, dah alang alang taman timba tu sebelah je dengan empangan telok bahang, so kami pon p singgah empangan dulu..kat empangan ada dragon boat festival,walaupon ari ujan, depa tetap teruskan untuk membuat latihan di dalam empangan yang besaq giler tuh, disebabkan hujan, so keadaan agak berkabus dan kalau tangkap gambaq dragon boat pon sure tak nampak punya...konklusinya di sini, takdak pon gambaq dgragon boat yang diambil..gamba orang ada la...best lah dapat kawan yang spoting tangkap gamba nih! heehe







lepas solat, kami semua p makan tengah ari kat kedai makan yang terletak berhadapan dengan masjid terapong tuh, makanan situ murah la jugak, eh, bukan jugak la, murah sangat kot kalau nak dibandingkan dengan makanan kat kedai lain di area batu feringgi tuh. kami amik nasik banyak giler dia boh, ngan ayam masak kicap, ngan timun ngan salad, harga dia tiga ringgit setengah ja.murah...murah...seb bek murah, hehehhee...

next, plan nak main boling, bincang punya bincang, keputusan akhir berpihak pada main boling di bukit jambul, so semua ketiga tiga bijik kereta pon bergerak ke bukit jambul untuk bermain bowling... satu game jeh main, dan sangat best!! malangnya, sekeping gambaq pon tak ambik, haish...bole plak lupa... -_-'

lepas main boling, kami semua bergerak ke quensbay mall penang..kat quensbay, kami semua jumpa tiga ketul power rangers yang sedang berjalan jalan sambil menangkap gambaq dengan peminat peminat dia, hahahha....best giler, jumpa power rangers secara live!! kami semua pon tak lepaskan peluang untuk bergambar jugak....hehehhe...

bergambar bersama power rangers


lepas tuh, kami semua berpecah sbb ada yang nak p membeli barangan, ada group yang pergi membeli belah dan ada group yang pergi window shopping.. masa tengah jalan jalan, kami singgah di kedai kamira, saja tanya tanya harga filter utuk nikon tersayang, kami berminat untuk tangkap gamba gamba air yang nmpak mcm awan tuh, smooth giler, geram tengok tangkap tak jadi jadi, kalau nak tangkap gamba mcm tuh kat kawasan yang cerah, kena pakai filter, kami dah pernah tangkap, kebetulan kawasan tu gelap sikit, so tak perlu la guna filter *sila lihat entry pantai kerachut* so tanya punya tanya, harga dia seringgit jeh lagi sama dengan tiga hatos, wuuuhuhuhu... filter je pon...mahai nyaaa.....nnt bukak sem nak beli satu, hee :D

lepas jalan jalan pusing quensbay, kami semua gather balik kat mekdi...kat mekdi suma makan makan, n kami pulak perlu balik...so perjalanan kami ronda ronda jalan penang ngan kawan kawan kami berakhir di queensbay sahaja untuk semalam...

masa nak balik tuh, bole plak tesilap floor paking kereta, gelabah giler, dahla quensbay tuh besaq giler tempat tak keta dia, haish...ni yang tak suka jalan sorang sorang nih, pastu dah sedaq yang tesilap floor, kami pon jalan la p ke floor yang betul..dah smpai kat floor yang betul, komfius plak, dok berfikir sorang sorang 'tadi letak keta belah kiri keh belah kanan eh?' argh! rasa mcm nak pangil jeh nama keta tuh suruh dia menyahut, haish!


itu je cerita hari sabtu kami bersama kawan kawan yang ceria... terima kasih kawan kawan ^_^

sekian, terima kasih

ps-Selamat Melawat Penang!!!

0 0 org berkata kata:

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

Blog Archive