ban itu pecah

Tuesday, November 30, 2010 | |

hari ni kami outing dengan kawan kawan photography usm,
-ijat
-kan
-pijah
tempat tujuan ke ban pecah,
sangat best,
ini ada intro, hihi..


ps-nnt kami upload g banyak banyak

OMG(oh menaik giler!!!)

Monday, November 29, 2010 | |

Owh, mmg menarik giler!! giler pon tak menarik sampai mcm nih.
ari ahad lepas, kami p hiking + piknik dengan dua org kawan kami, kat pantai keracut, taman negara penang, kami dah 22 tahun duk penang, ni baru 1st time nak p situ, heheheh..

Taman Negara Penang ni terletak di teluk bahang, kalau dari town, ikot signboard ke Batu Feringgi, pastu jalan terus jeh sampai teluk bahang..

otw p ke taman negara, ada jumpa ini:

hahahhaha....MENARIK GILER!!


wookeyh, bila dah sampai ke tempat yang dituju, kami pon siap2 nak p HIKING!! ini lah dua kawan kami itu, tengah semangat nak p piknik! hehehhe..
*encik farhan dan encik naufal*


Sebelum memulakan perjalanan untuk mendaki, kita perlu daftar dulu...kat sini ada disediakan tandas, bilik mandi dan surau, mmg bersih dan selesa.
*tempat pendaftaran*


Lepas daftar, baru la kita bole start mendaki! yeah!! mari memulakan perjalanan!! hee :D


waktu awal awal mendaki, mmg penat siot, sbb dia start dengan menaiki tangga, kalau nak dibandingkan naik tangga dengan mendaki menggunakan jalan tanah merah yang ori tuh, mmg tak dinafikan la tangga lagi penat, kami lebih prefer mendaki guna trek yang tak di 'edit' menjadi tangga, hahha...apa punya ayat lah.

*jalan mcm ni la yang kami maksudkan jalan 'ori'.. hehe *
*credit to naufal for this pic*

dalam perjalanan, ada disediakan tempat tempat rehat, dan ada juga tempat tempat yang cantik yang boleh di tengok untuk menghilangkan penat..

*ada mini waterfall*

*ada jalan yang nmpak menarik*


setelah penat berjalan sejauh 3 km dan lebih kurang satu jam 45 minit, kami pon sampai ke destinasi yang dituju...yay! :D

*puas hati dah sampai*


sebelum tiba di pantai, kami perlu melepasi sebuah tasik dulu, hari yang kami p tuh, tasik tuh kering...tasik nih sangat unik, dalam dunia, hanya ada 19 je tasik yang mcm nih, nama tasik ni adalah tasik meromiktik.
*tasik yang kering*


hah, nak tau kenapa tasik ni menarik dan unik? baca bawah nih:

*description about tasik meromiktik*


mesti pelik kan kenapa tasik ni kering walaupon skarang kerap ujan, haa...inilah sbb nya...:
*hanya pengunjung yang bertuah je dpt tengok -_- *



di pantai keracut ni, ada tempat penyu melintas, kalau bercamping mlm2 disini, dan BERTUAH, maybe boleh tengok penyu ^_^



pantai ni sangat bersih...kalau nak dibandingkat dengan pantai dekat batu feringgi, kat sini lebih bersih, maybe sbb tak ramai yang datang sini, sbb nak datang sini perlu hiking sejauh 3km, kalau taknak hiking, boleh naik boat, rm100 satu boat sehala, mahai syiot! bek hiking, bole exercise, hhehehe..
* credit to naufal for this pic*

*ada batu unik*
*credit to naufal for this pic*

sampai je kitorang kat sana, kami suma makan dulu...
pasir kat sini sejuk, lapisan atas ofkos la panas, kami maksudkan pasir belah bawah, kalau korek, pastu kambus, sure best...mcm ni :



lepas tuh dalam pukul satu stengah, cuaca mula mendung dan ujan rintik rintik, so kami suma berkemas dan bertolak balik...

otw balik, ada nmpak monyet, menarik ^^
*encik farhan bagi monyet makan roti*


perjalanan balik lebih memenatkan pada awalnya berbanding perjalanan pergi, sebab masa balik lebih banyak mendaki tangga berbanding masa nak p..
*berehat sebentar hilangkan penat*


walaupon penat, tapi keadaan hutan yang sejuk dan hijau tuh membuatkan letih suma ilang, sangat best



dalam perjalanan balik, boleh singgah di perhentian rehat yang dibuat di tepi pantai, boleh naik buaian tepi pantai ^^


kat situ jugak ada haiwan liar yang dibiarkan berlegar legar,hahah.. penuh dengan natural...
*nmpak tak binatang mcm monyet tuh*
*credit to naufal for this pic*



setelah penat berjalan, akhirnya sampai jugak....perjalanan balik lebih cepat berbanding perjalan pergi, padahal jalan balik ngn jalan p tu adalah jalan yang sama, hahhaha...
*dah sampai*


sampai di tempat daftar tuh, kami bersihkan diri, mndi, tukar pakaian yang basah dengan peluh tuh, solat, n bergerak ke empangan teluk bahang..
empangan ni sangat besar....masa kami p tuh, ada org tengah bwat latihan dragon boat. stiap taun dragon boat festival akan diadakan di empangan ni, mmg meriah lah waktu tuh, tapi kami x pernah p tgok pon, hihihi

dengan cuaca yang mendung dan angin yag sepoi sepoi bahasa tuh, mmg best lah berhenti rehat kat sini..


itu saja cerita hari ahad kami yang lepas....mmg best!! tima kasih kawan kawan! ^_^
*credit to naufal for this pic*


Selamat melawat Penang!!

-The End-
^_^

Wedding kakak ogy

| |

27/11/2010
Kuala Nerang, Kedah
Fizah & Azizi

ini banner rumah kenduri

inila pengantin perempuan...cantik ^^









ini pengantin perempuan dgn kawan baik dia aka pengapit perempuan


itu ja gambaq nya....
takdak gambaq pengantin lelaki sebab kami balik sebelum pengantin lelaki sampai... kami kan org jauh, 3 jam perjalanan tuh, so gerak balik awal....


-the end-
^_^

ps-sape nak kawen plak pasni, jemput la kami p makan..hihi

pantai keracut

Sunday, November 28, 2010 | |

hari ini hari ahad,
kami berpiknik bersama dua org kawan kami,
sbelum berpiknik, perlu berhiking sejauh 3 km dulu, lepastu bru smpai tempat yg nk piknik, nnt kami boh gmbaq bnyak2, rini nah amik intro dlu, hihi


ps- best wooo....giler best!
pss- gmbr tuh ada sdikit shaking, tangan ketaq sbb penat panjat bukit, hee :D

kenduri di hari sabtu

Saturday, November 27, 2010 | |

harini kami p makan kenduri rumah ogy, kakak dia kawen, kat kuala nerang, otw balik singgah sunway, tengok rapunzel 3d * betul keh eja tu? hihi * lepastu singgah juru pulak, mkn mekdi.. best!! tima kasih kawan kawan, heee :D



ps- boleh plak lupa bawak bek duit, jadi pendatang sebentar, takdak dwit, takdak ic, takdak lesen, segala benda takdak,huhu..-_-
pss- esok nk p piknik!

Today's Word : BOSAN

Friday, November 26, 2010 | |

owh..arini adalah bosan giler, giler pon tak bosan smpi macam nih, skang dah abes exam, so masa untuk buat FYP.

bermula minggu ini, pagi2 kami akan p lab, bwat exp apa yang patut, tengah ari balik mkn, pastu petang sambung pegi lab, abis keja balik duk bilik, lepak lepak sampai boring giler babas dalam bilik, pastu sampai pagi keesokannya, sambung pegi lab balik.itulah hidop seorang pelajar yang tengah bwat FYP time pelajar laen sedang bahagia bercuti di rumah.

arini jumaat,
sembilan lebih, p lab,
tujuan utama: find suitable percentage of polymer in solvent so we can use to coat fertilizer
result: FAIL!
problem :polymer not dissolved in solvent
why? : dont know, dah cek semua condition, sama dgn literature, tapi tak dissolved jugak
alternative 1: introduce heat, by using water bath
result: FAIL! the polymer not dissolved
alternative 2: ask dokte
result : tunggu ari isnin, dokte bz -_-

conclusion: rini masuk lab pagi jeh, balik mkn tengah ari terus duk kat bilik sampai lah saat ini, bosan giler giler giler babas, dah tak tau nak bwat apa @_@

nak keluar malas, lagipon nak keluar mana kat usm nih, yang terdekat billion je lah, hakhakhhakhahaha.... disebabkan malas keluar, hah, duk je kat bilik smpai taktau pekembangan dunia yang semakin berkembang nih...

owh..bosan...
ada idea?

bulan pokok tiang laut

Sunday, November 21, 2010 | |

sesi berlepak di tepi pantai quensbay sebelum jalan ditutup untuk penang bridge marathon, ngeh ngeh ngeh :D

sila isi masa lapang

Thursday, November 18, 2010 | |


selamat hari raya korban!! ^_^ * x lambat lagi kn?hiii

memandangkan exam dah habis dan kami hanya tinggal sorang diri dirumah, maka otak ini ligat berfikir apa yang perlu dibuat untuk mengisi masa lapang dirumah ini. pastu tetiba teringat nak masak, so jalan p dapo, bukak peti es, hah! ada daging korban, pastu ada telor, hah! skelop pon ada!, ini dah best nih, okay, sesi masak memasak pon bermula..

lepas masak makanan, terfikir pulak, nak minum air apa? hurm....paling simple, air sirap, ngheee...so masak air gula tambah pewarna, pastu nak bg wangi tambah perasa vanilla, hahaha sirap perasa vanilla.

dah siap masak, bancuh air, dan........tangkap gambar!! tadaaa!!!


tak penah penah isi masa lapang dengan memasak, penyakit apa ntah tetiba rini masak pulak.. ngheee :D

ps- masih fail potong daging!!

mutiara yang kata : hidup tak lama...

Tuesday, November 16, 2010 | |

assalamualaikum dan salam sejahtera,


diri masih bersedih kerana baru kehilangan guru yang amat baik,masa kami dapat tawaran kos chemical engineering di usm ni, beliau la guru pertama yang kami tanyakan pendapat, sangat terkejut dengan kehilangan dia...orang cakap, cikgu nak melintas jalan dengan anak dia, lepastu ada mat rempit yang bawak moto laju tak hingat langgar cikgu dan anak dia, anak dia masuk ICU, cikgu tak dapat diselamatkan...takziah kepada keluarga pn.zaura...

lepastu dapat berita lagi satu pulak, jiran keluarga angkat kami di pahang meninggal, itu pon terkejut jugak...dia kecik lagi kowt...masih sekolah...dia sangat rapat dengan keluarga angkat kami, masa kami tingal dengan depa di pahang, tiap tiap hari dia ada dekat rumah tu, main skali dengan adik adik kami, dah macam keluarga sendiri...dia pergi dengan tiba tiba..mesti adik adik kami sedih di sana..umi cakap, umi sedih sangat, sebab malam tu dia talifon umi, mintak umi masakkan nasi lemak, dia nak makan nasi lemak yang umi masak, lepastu, pagi esoknya dia dimasukkan dalam ICU, lepastu dia meninggal..sangat cepat benda ni berlaku... takziah kepada keluarga cik..

kami sampai di rumah petang tadi, balik untuk raya haji, sampai dalam pukul dua lebih, lepastu mama ajak p beli barang nk masak nasi himpit dan kuah kacang, dalam kereta, mama cerita yang abang kepada kawan adik kami meninggal, sama hari dengan hari cikgu zaura meninggal, innalillah...baru berusia dalam lingkungan 20-an...dia kemalangan jalan raya...

tak kira usia, tua keh, muda keh, walau apa pun sebabnya, masa itu akan tiba jua...so sementara masih bernyawa, beringat ingat lah kita...

al- fatihah.....


Innalillah...

Saturday, November 13, 2010 | |

al-Fatihah....

Pn.Zaura bt Jantan
SMK SERI BALIK PULAU

cikgu kimia kami masa dekat skolah..
paling best, paling sporting...
tiap-tiap tahun raya mesti p rumah dia...
raya taun ni ja kami x p..
dan kami takkan dapat p lagi..
:'(

takziah kepada keluarga beliau...


mutiara yang kata : perubahan

Tuesday, November 9, 2010 | |

assalamualaikum dan salam sejahtera,

yang berusaha, tuan pengerusi majlis, eh, silap pulak,

pesanan penaja ari ini : perubahan

ada sedikit isu, perlukah setiap perubahan yang berlaku itu mempunyai sebab dan musababnya?
adakah ini sangat sangat perlu?

contohnya,

slalu dia isap rokok 2 kotak sehari, tapi rini dia isap 1 kotak,

slalu lepas smayang dia lesap, tapi rini dia sambung buat sunat,

slalu dia sarapan pukul 12, tapi rini dia sarapan pukul 7,

slalu dia ponteng kelas pukul 8, tapi rini dia p kelas pukul 8,

slalu dia bawak moto atau keta 120km/h, tapi rini di bawak 40 km/h,

slalu dia masam masam muka, tapi rini dia senyum memanjang,

slalu dia banyak cakap sampi orang nyampah, tapi rini dia diam jeh,

pendek kata,

slalu dia 'sesuatu yang buruk' , tapi rini dia 'sesuatu yang baik secara tiba tiba',

adakah semua perubahan ni kena ada sebab?
kalau tetiba dia suka suka hati sorang dia nk jadi baik cane?
so x perlu la tanya dia banyak banyak kali sampi kadang kadang dia sendiri pulak naek rimas dan sampi kadang kadang dia sendiri terfikir ' haish, kenapalah susah sgt nk berubah!'...

kalau ada orang yang nak berubah ke arah kebaikan, kita perlulah bagi sokongan, kalau x dapat 100%, bagi 20% pon oke jugak....(wah!! mcm berkempen pulak!! waahhahaha)

okey, lain la kalau
slalu dia ponteng kelas pukul 8, tapi rini satu hari kelas dia ponteng,

slalu dia bawak 120km/h, tapi rini dia bawak 250km/h,

slalu dia sarapan pukul 12, rini dia sarapan skali ngn makan malam terus,

hah.....lain la kalu mcm tu...itu baru la perlu diberi perhatian penoh...

tul tak?? heeee :D

banyak songeh plak pepagi nih,

okies, renung renungkan dan slamat beramal!!!!




ps: jum p libry study!!!

re campor adalah remix

Sunday, November 7, 2010 | |

ingat post lagu yang woooooooowww ini?

hah, ini lagu tuh versi remix, bonamana (super junior) + lucifer (SHINee),
best best best best, hahahhaha


ps: esok diorang dah start exam!!! kami belum lagi, heeee :D

Slamat hari bunga sedunia!!!

Saturday, November 6, 2010 | |

okeh, itu adalah tipu... -_-


ngheeee~~

wooooooowwwww!!!

| |

BEST SIOT!!!!!! *dah tatau mcm mana nk lambangkan keBESTsan dia





ps:banyak kali giler replay benda nih

lepak petang...

Friday, November 5, 2010 | |

seperti biasa, apabila diri ini berada dirumah, petang2 mesti main2 ngn kucing2 yang giler babas pandai berposing nih, tada!!!





sikit2 sudeyh....ngheehehe


ps- jum2 blajaq, nk exam nih

Shhh...(satu jari di mulut)

| |

kami ada terjumpa benda ini di fesbuk, n kami pecaya, ramai yang dah syer benda nih, n kami jugak nk syer, hihihi

______________________________________________

Jila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...


-kredit to author

**************************************************************


ps- dah lama diam...

ps2- nak exam dah oii....

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

Blog Archive