Dear mama and abah ^^

Tuesday, March 1, 2011 | |

dear mama and abah,
selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 24 tahun ^^
betul kan 24 tahun kan kan kan? =D
mesti mama ngan abah kurius mcm mana kakak tau tarikh ni kn? sbenaqnya kakak tengok kat gambaq kawen mama ngan abah..ada print tarikh kat situ, 1 mac 1987, so kakak pon assume la harini hari anniversary mama ngan abah =)

dear mama and abah,
kakak tau, selama duapuluhpat tahun perkahwinan mama ngan abah ni, mesti ada banyak dugaan, keseronokan, cabaran, kemushkilan, asam, garam, gula, madu, kicap dan segala jenis lagi benda yang harus mama ngan abah tempuhi, normal lah tu kan, kalau takdak suma rempah ratus perkahwinan, rasa tak best la pulak, macam memasak, kalau plane jeh, tadak perasa, mestila tak sedap kan.. so kakak yang tak berpengalaman dalam rumah tangga ni nak ucapkan semoga mama ngan abah sentiasa berbahagia, ceria, dan segala benda yang best best lagi selalu... =)

dear mama and abah,
happy 24th anniversary!!! bila nak makan besaq? set tarikh, kakak balik, ngeh ngeh ngeh.. maen2 jeh... lagi sedap makan makanan yang mama masak... rindu dah nak makan hasil masakan mama, tiba tiba rasa lapaq pulak, sungguh enak di makan begitu saja, sedap hingga menjilat jari =)

dear mama and abah,
ni kakak nak bagi hadiah kat mama ngan abah, hadiahnya tak mahai, tapi berharga woo.. kakak sanggup mencari dan memetik bintang bintang terpilih yang berbentuk hati di awan semesta dan potraitkan dalam sekeping gambaq yg kakak tangkap seniri, baru jap tadi, nghehehehe... terimalah hadiah yang mempunyai banyak love2 dari hati seorang anak =D


happy 24th anniversary! ^___^




lovely couple..my mama and abah ^_^

9 0 org berkata kata:

me suya said...

waaaa mesti mama ng abah wani terharu.. happy anniversary pakcik dan makcik.. bagus3

cop's biz world said...

TQVM anakanda semuga Allah memberi kekuatan dalam mengharungi hidup ini, perjalanan masih jauh,tempuhilah segala dugaan dan rintangan dengan hati yang tulus ikhlas, Allah sentiasa bersama Anakanda.
abah dan mama berbanyak terima kasih diatas ingatan Anakanda nak makan besag InsyaAllah nanti mama masak kita makan kat umah aje berkelah dibelakang kat sungai.hahahaaaa..
Anakanda jaga diri,kesihatan penting untuk mmengejar cita2 Anakanda, abah doakan anakanda berjaya dengan CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG,menafaatkan ilmu untuk mencari keredaan Allah dan membantu mereka2 yang perlu - Amin

Wani said...

@suya
hehehe... ^_^

@abah
idea yg baek tuh bekelah tepi sungai, hahaha.. tima kasih abah ^_^

RaraTan said...

wahh.. sweet giler pic bawah uhh. huu~

Wani said...

@raraTan
hehehe...wani pon suka gmba tu ^^

kay_are said...

24 tahun?? same umo.. hee... best2 memang anak yang sweet.. =)

Wani said...

@kay_are
hee... makasih.. ^_^

tricksrex said...

alahai suweetnye!
congratulations okeh!

Wani said...

@tricksrex
hihihi... thanks ^^

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

Blog Archive