geng pengembaraan (cameron highland)

Sunday, April 17, 2011 | |

based on previous post

maka reader reader semua pasti dah tau yang kami telah sampai di cameroon highland lagi sekali dengan kawan kawan kami selepas dah pergi dengan family haritu.


okay, maka kalini kami akan bercerita kisah pengembaraan kami dah kawan kawan pula, kisahnya bermula pada jam dua pagi, 15 april 2011

2.00am
semua peserta wanita yang terdiri daripada cik ain, cik ayshah, cik nad, cik dya dan kami berkumpul dihadapan blok 2.


2.25am
encik naufal datang menjemput kami semua di hadapan blok dan pergi berkumpul dihadapan blok lelaki pula, disini berjumpa pula dengan peserta lelaki yang terdiri daripada encik naufal, encik sopi, encik farhan dan ecik raje

2.40am
kami semua memulakan pengembaraan dari USM kampus kejuruteraan ke cameron highland dengan kekuatan dua bijik kereta..


3.30am
singgah berehat di RnR sungai perak, tak ramai yang singgah sini, time kami semua ada disini, hamya kumpulan kami ja yg bising bising disitu, dan ada satu kisah mistik berlaku disini,
kisahnya begini:
time sampai di tempat minum tu, semua oder air masing masing,then duduk kat meja, lepas beberapa minit, air pon sampai..dan peliknya, air yg sampai tu terlebih satu, then org kedai tu tnya,
'sape yang oder roti bakar eh tadi?'
hah!, semua tercengang, ada keh yang oder roti bakar?
jeng jeng jeng...
kalau situasi ni berkalu di RnR yang ramai orang, takda la pelik sangat, ini menjadi pelik sebab RnR tu mmg takda orang lain, cuma group kami ja yang singgah duduk situ.
lepastu semua bising bising cakap dan cik nad telah memaksa kami menulisnya di dalam blog -_-''



di RnR sg perak


 4.10am
lepas semua dah penat bergelak ketawa kat RnR yang seram tuh, kami semua sambung balik perjalanan ke cameron highland tu..since kami semua bergerak awal pagi, jalan agak clear, jam 4.25am dah sampai di tol simpang pulai then bergerak naik ke cameron

6.00am
selamat sampai di berincang..
kami semua solat subuh disini, then lepas solat, kami bergerak untuk mencari tempat melihat sunrise..


 di depan masjid berinchang


sebenarnya tujuan utama untuk bergerak ke cameron pada awal2 pagi tuh adalah untuk melihat sunrise, sebab sunrise di tempat tinggi dan sejuk berkabus ni lain view dia dari sunrise yang biasa kita lihat hari2.. =)
malangnya, nasib kam semua kurang baik..sebab pagi tu hujan rintik rintik dah awan mendung sangat tebal..maka sunrise tidak kelihatan..tengok semua sama terang jeh... =(

tapi takpa, kami semua dah recover dengan tangkap gambar di tempat tempat yang menarik dan best!! ^_^

mula mula kami tangkap gambar di equatorial hotel cameron highland, landscape dan view disitu sangat cantik dan menarik











lepas hotel tu, kami semua pergi mencari port untuk mengisi perut yang sedang rancak berkeroncong diawal pagi itu...

 makan nasik lemak panas panas dlm cuaca yang sejuk, memang best giler lah

lepas dah kenyang makan nasik lemak sedap semua, dan ada sedikit sesi gosip menggosip, kami semua bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Ladang Teh Bharat.




selepas penat tangkap tangkap gambaq dan bergelak ketawa disitu, kami semua pon gerak ke destinasi seterusnya..Bee Fram

di bee farm ni kecik je, ada bunga bunga sumber makanan bee itu dan beberapa ketul rumah bee, ada juga kawan memetik strawbery, klau nak beli honey yang segar, boleh la beli disini..





next, kai bergerak ke kawasan air terjun, tempat dia kecik je, air terjun dia pon boleh tengok je, tak boleh mandi pon, mengikut kawan kawan yang pernah sampai di tempat tu, dulu tempat tu cantik dan ada orang berniaga disitu, tapi hari yang kitorang sampai sana, takda orang pon, dan kawasan tu sedikit kotor, kalau dibersihkan, sure cantik dan menarik tempat tu...




dah penat pusing pusing, kami semua singgah makan di salah satu branch fast food di cameron, merry brown. itu adalah 1st tume kami makan di merry brown, dah kami rasa makanan nya adalah tak masuk langsung dengan selera kami, tak sedap, titik

lepas makan, group lelaki dan perempuan berpecah sebentar, group lelaki pergi menunaikan solat jumaat dan group perempuan pergi jalan jalan di area tu dan mencari surau. lepas semua selesai, kami berkumpul semula dan bergerak ke kawasan mardi

dalam kawasan mardi ni sangat banyak pokok pokok dan landscape yang menarik



 harga tiket masuk ke MARDI
student price tu sampai diploma jeh oke, ijazah tak boleh 




ahli geng pengembaraan:
dari kiri: raje, farhan, sopi, wani, nad, ain, ecah, dya
tiada dlm gamba: naufal  



since ada orang yang dari awal sampai cameron dia asyik cakap 'plucking plucking!' maka destinasi seterusnya adalah...erm..tak ingat nama tempat...huhu

tempat tu sangat luas, ada tempat cactus, luas mcm ladang dah, then ada ladang strawberry, boleh petik sendiri, then ada cafe, makanan disitu semua berasaskan strawberry, sangat sedap kot....fresh lagi tu....







lepas semua dah kenyang, kami bergerak ke kawasan pasar pula..disitu ada yang beli strawberry dan ada yang beli bunga untuk dibawa balik...kalau kat cameron nih, pasar ni la tempat yang paling best nk membeli, sebabnya sini ramai yang jual benda yang sama, so semua akan cuba kurangkan harga untuk bersaing, maka kita sebagai pembeli amatlah bertuah sebab dapat beli barang yang sama jeh kualiti nya, tetapi harga yang lebih murah.. =)

lepas semua dah habis puas membeli, kami pon bergerak turun dari cameron highlang pada jam 7.00pm...

8.00pm
selamat sampai di stesyen petronas simpang pulai, semua orang segarkan diri masing masing, then bergerak pula cari makan di ipoh..

9.00pm
di ipoh, kami semua singgah makan di restoran simpang tiga, rasanya pemilik restoran ni orang indonesia kot, sebab makanan di restoran ni semuanya berasal dari indonesia, dan pekerja dia pon orang indonesia, tapi jangan takot..tempat ni sangat selesa..siap ada sediakan surau yang bersih lagi untuk pelanggan dia...so kami semua pon singgah makan dah solat disitu..

10.30pm
lepas semua dah selesai, kami semua pon bergak pulang ke usm tercinta.. =)

12.00am
sampai di usm balik...

jumlah jam perjalanan kami semua ni tak sampai 24 jam, tapi pengalaman dan keseronokan nya sadalah sangat banyak, sampaikan tak terasa pon sesi cut cuti kami semua ni hanya satu hari, mcm banyak sangat perkara yang kami semua lalui bersama...

terima kasih kawan kawan...

kawan kawan.
lepas ni kita semua akan exam untuk terakhir kali pada 21 april (untuk student energy) dan 22 april (untuk student control), lepas itu jangan lupa kita kena hantar full corrected thesis pada 29 april, then semua akan berangkat pulang ke rumah masing masing.. ada johor, ada negeri sembilan, ada kuala lumpur, ada selangor, ada kedah, ada kelantan, dan ada penang, lepasni ada yang sambung study , ada yang kerja, tempat kerja pon ada yang dekat rumah, ada yang dinegeri lain, maka amatlah susah untuk kita berkumpul mcm ni lagi, mungkin disebabkan jadual cuti masing masing adalah tidak sama, hari raya pon belum tentu semua cuti, kalau cuti pon mesti nk luangkan masa dengan keluarga dan kawan kawan time sekolah dulu, maklumlah kawan sekolah lagi lama dari kawan time universiti ni, dah la 4 tahun je, kelas sehari dua tiga jam je, kenal pon tak habis...ah, kami tak kisah semua tu, lepasni samada kita akan berjumpa lagi ataupon tidak, kami nk pesan sesuau , ingatlah kami selalu, kami kan sentiasa ada disini ^_^



ps:  gamba diambil oleh varies org (wani, ain, raje, naufal) kreadit to them ^_^

5 0 org berkata kata:

En Jay said...

nak stawberi~

Wani said...

@jay
mintak kat paan, dalam peti es dia banyak, hahaha

sarzli said...

aku komen cket dulu,nanti pas exam rini aku komen byk2 lg...heheh

iPai said...

wah2 .. wani dah update pasal cameron ... kite ye post nanti pon bentuk cam ni .. tak pe eh kalo sama ?

Wani said...

@sarzli
boleh2...

@ipai
takpa...laen org laen kreativiti ayat,so takkn sama punya...hehe

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

Blog Archive