greetings!

Friday, May 20, 2011 | |

Greetings peeps!
sangat lama tak hupdate, 
tak teringat nk update langsong pon!

apa yang kami buat?

okay, ni nak bagi tau, kami dah start jadi RA, 

what is RA? 

RA ialah Research Assistant, kerjanya membantu lecturer membuat kerja kerja research nya atau pon apa apa kerja yang difikirkan sesuai.

kami dah pernah jadi RA masa kami 2nd year dulu. time tu kami jadi RA kepada Dr syamsul dengan rumet kami (rumet 2nd yer, bukan rumet sekarang) , cik ain

kami berhasrat untuk sambung master, insyaAllah, maka untuk mengisi masa lapang, kami pon mengapply untuk menjadi RA (lagi sekali) sekarang, under Dr yang sama, so far, kami sorang je student 4th yer yang bakal grad bulan 9 ni yang buat RA, dan RA kami akan tamat apabila kami daftar masuk untuk master nnt, and kami baru je check status master application kami, ianya In Review, sila doakan ye =)

to check your application status untuk master atau phd kat USM

hampir dua minggu rasanya kami tak update, minggu terakhir kami kat rumah, dan minggu pertama kami kat usm sorang2.

masa minggu terakhir kat rumah tuh, kami sedih sangat, kucing kami semua sakit2 dan mati, bermula dengan seekor kucin muntah muntah, wana HIJAU habaq hang! dia start muntah dari pagi, then malam tu masa nk bbuh dalam kandang, dia KURUS SANGAT!! giler seharian muntah tinggai tulang ja terus, pastu besok paginya, kami dah tak jumpa dia... kami assume dia dah mati sebab selalunya, kucing takkan mati dalam rumah, dia akan pergi jauh untuk mati :'(
 rest in peace... =(

bobi..... =(
malam keesokannya pulak bobi pulak dilanda penyakit kemuraman, dia duk diam jeh, dan abah kami cakap dia ada muntah muntah jugak, sebab bobi sakit, adik dia pon mula muram ( adik dia adalah babybu, babyblack, dan kecik, sebenarnya ada lagi satu, seri, tapi seri dah lama mati) keesokan harinya, bobi keluar dan tak balik lagi... sama jugak dengan babybu, dia keluar mengikut abang dia dan tak balik balik lagi... kami assume bobi dah mati, tapi babybu tuh, kami dan mama kami pasti, mesti dia kena culik, sebab dia sihat je, and mmg ramai org suka kat dia sebab dia mmg menarik untuk diculik! wahai penculik durjana! pulangkan!!! huh!

 babybu

lepas babybu hilang,esok tu baby pulak sakit sakit, baby ni memang kerap sakit dari dia kecik lagi, sebab tu lah umur dia sama dengan bobi, tapi saiz dia sama dengan babybu, kecik je, and sebab tu lah nama dia baby, dia sentiasa kecik, kecian baby, dia pon mati jugak, sedih sangat..
baby.. 

esok tu pulak, babyblack pulak mengikut jejak langkah kucinng2 yang laen, babyblack ni, before dia mati, dia duduk je dalam pancoq(bilik mandi), semalaman dia tidoq dalam pancoq, pagi tu adik kami mndi pon, dia duduk jugak dalam pancoq, slalunya kucing akan lari keluar kalau terkena air dalam pancoq, tapi dia tak, masuk tengah hari, kami masuk pancoq, tengok2 dia dah mati.. =(

 babyblack

malam babyblack mati, utih hilang, esoknya, kami jumpa dia kat luar rumah, tak larat nk jalan, setiap tempat diaduduk, pasti ada darah, kesian dia.. seharian dia macam tuh, merana kesakitan, makan minum semua takmau, then lepas tu dia pon sama jugak, mati.. =(

 utih

dalam seminggu, 5 ekor kucing kami mati dan satu hilang, sedihnya... semua menderita before mati, sakit apa ntah, mungkin tak tahan dengan cuaca sekarang, sebab kucing kami start mati masa cuaca kat penang menjadi sangat panas, banyak sumber yang cakap cuaca panas tu disebabkan taufan Aere yang melanda filipina. bukan salah kami kalau kucing kami mati sebab dehydrate, sebab kami dah taktau nk paksa mcm mana lagi suruh depa minum air, depa yang degil taknak, sekarang depa dah takdak.. =(

jika dicalculate, sekarang tinggal tam dengan 2 baby gemuknya, intan bersama 3 baby busuk nya, panjang, boboy, kecik dan mak panjang, owh.. tinggal 10 ekor kucing je kat rumah, itupon kalau takda yang hilang atau sakit sepanjang kami ada kat usm ni, yea, kami baru seminggu kat usm, tapi berdasarkan pengalaman, kucing boleh mati bila2 masa ja, maka bersedialah!   ~_____~






ps: sunyi sangat kat usm ni takdak kucing nk teman =( 




3 0 org berkata kata:

Lynn Rahman said...

wa.. lynn pun dlu ada kucing nama bobby ;)

iPai said...

uish .. dasat ye .. mati beramai2 ni .. komplot ape .. takpe2 .. ade Ciko teman wani ..

Muhammad Burn said...

kesiannya :(

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

Blog Archive