Diari Ramadhan | Day 1

Monday, August 1, 2011 | |

1 Ramadhan 1432 Hijrah,

Jam dileptop menunjukkan pukul 5:45PM, otak ligat berfikir juadah apakah yang hendak dibeli untuk berbuka, mujur harini cuti dari kerja part time, sambil itu tangan ligat mengscrol page di fesbuk, melihat update dari kawan kawan di homepage, ada yang manarik boleh la dikomenkan sekali.

15 minit masa berlalu, masih belum dapat kata putus juadah berbuka, otak sudah malas berfikir, kaki berjalan ke lokar baju dah bersiap2 untuk keluar kebazar. 

seminit, SIAP!

tengok cermin baru yang besar gedabak di dinding, oke lah ni, tengok muka, bedak? takpayah lah, bukan ada org yang kenal, tangan mencapai helmet merah di atas rak dan kunci moto di atas meja, pakai kasut biru yang  makin koto tak basuh,terus bergerak ke moto biru dan.....

perjalanan dimulakan dengan kelajuan 20km/j sambil otak pula berfikir secara santai, nk beli kat mana ni? selalu bazar dimana ya? tak sampai setahun ramadhan pergi, dah lupa dimana tempat yang selalu cari makan untuk berbuka, ish ish ish...*geleng pala* itulah, selalu takpernah pegi sendirian, selalu ada ja kawan yang teman, kadang kadang ain, kadang kadang kawan satu kelas, kadang kadang dengan roomate, teringat pula kat depa, taun ni depa pergi bazar dengan sapa ya?

.........

moto melepasi Taman Pekaka melalui jalan besar, mata dikerlingkan ke kawasan pasar malam, *eh takdak pon orang ramai ramai* oo..bukan disini lah bazar. 

perjalanan diteruskan lagi dengan kelajuan yang sama ke kawasan pekan lama parit buntaq, mata melilau untuk mencari kot kot ada termanpak gerombolan manusia membeli juadah berbuka, namun hampa, tiada disitu.

takpa, kelajuan moto masih sama, sambil otak berfikir santai, *hah! taman kat parit buntaq tuh! yang kat belakang tuh!* oke, tempat dah diketahui, kelajuan motor ditambahkan dengan harapan makanan tidak habis!  alamak traffic light pulak, hah! HIJAU! pecuuttt~ lepas traffic light, kona kanan dan.....

aik? mana p bazar? mana p semua orang??

kelajuan moto diperlahankan semula, sambil mata melilau dengan harapan ada ternampak orang membeli makanan berbuka, habis satu taman tawaf, hampa....tiada bazar disitu...

kepelikan tiba tiba muncul, tahun ni takda bazar kah? peniaga peniaga mogok kah sebab ada orang yang meminta TESCO dan pawagam dibuka di parit buntar? ataupon semuanya sudah habis dijual???

otak ligat berfikir, kalini tidak santai lagi, dah dekat setengah jam ni, satu hasil pon tak dapat lagi, ini tak boleh jadi.

kelajuan moto bertambah, keluar dari kawasan taman dan U-Turn ke kawasan Billion parit buntar, dua hari lepas nmpak ada khemah disitu, hati berharap ada orang yang menjual juadah berbuka,...juga hampa, hati bermonolog sendirian, "takdak orang yang nk berbuka ka hari ni?"

selepas dikecewakan beberapa kali, hati ini membuat keputusan untuk balik dan makan ja apa yang ada dibilik. tapi kalini masih mahu mencuba nasib dengan balik menggunakan jalan belakang (jalan bandar baru), sampai di simpang, *alamak! awat jem ni?* nasib baik masih terer untuk mencilok cilok menggunakan moto biru itu, sambil mencilok, mata mengerling apa yang ada didepan, lantas senyuman terukir, "yahuuu!! ada bazar! patut la jem!HAHAHHAHA" *dalam hati saja* terus mata melilau mencari parking...

selesai parking, mata melihat kearah bazar, yaAllah...besaqnya bazar....banyak gila lah kedai, patut la kat tempat laen semua dah takdak!

oke, kaki berjalan masuk ke kawasan bazar dan otak sambung berfikir juadah yang hendak dibeli untuk berbuka.

satu kedai ke satu kedai, dah melepasi 20 buah kedai, satu pon tiada lagi ditangan, otak berfikir lagi

kaki berjalan perlahan, mata melihat lihat kiri dan kanan, sambil hidung menghidu kot kot terbau makanan yang sedap dan menarik hati

20 minit berjalan melepasi 8 deret kedai makan *8 ke 9 eh? tak kira pon tadi, agak agak jelah* 3 bungkus beg plastik berisi makanan lekat ditangan, hati dah puas, masa untuk balik

moto bibawa perlahan kearah USM, otak masih berfikir lagi, itu aje yang dibeli?

sampai dibilik, beberapa minit lagi masa untuk berbuka, hidangkan makanan didalam pinggan dan..


ya, memang ini ja yang dibeli, satu bungkus lagi air, satu lagi buah, maka jadilah tiga bungkus makanan tadi.

T_T 


Selamat berpuasa semua =)

5 0 org berkata kata:

iPai said...

eh ni bazaar yg tepi sungai tuh ke ? nape macam wani tak tahu pon ..

iPai said...

waa, kalau ada pawagam kat parit buntar, dah macam kl laa cam ni .. uhuhu .. tak perlu g seberang jaya dah .. huhuh

Wani said...

@iPai
a ahh yg kat tepi sungai, memang kami taktau pon ada bazar situ, hahahah

apik pehe said...

fuhhh...sedap tu..lapar la mek..huuuuu

Wani said...

@apik pehe
sabaq2, tunguu bukak posa nnt, haha

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

Blog Archive