Konvokesyen USM | Sidang | pengambilan jubah | raptai

Thursday, August 4, 2011 | |

yay! bulan semilan ni mmg BEST!, mula mula kita akan beraya, then kami akan berkonvo!

maklumat konvokesyen adalah seperti dibawah:

(MAKLUMAT RASMI AKAN DIPAPARKAN DILAMAN WEB USM DALAM MASA YANG TERDEKAT.
MAKLUMAT INI DISAMPAIKAN SEBAGAI PANDUAN UNTUK MEMBANTU GRADUAN DALAM MERANCANG PERJALANAN DAN MENYESUAIKANNYA DENGAN JADUAL TUGAS KERJA RASMI MASING-MASING)

Maklumat ini adalah berdasarkan statistik terbaru graduan serta tempat duduk yang terbatas di dalam DTSP selepas dibuat pengubahsuaian dalaman, maka kedudukan ijazah mengikut sidang Upacara Konvokesyen Ke-44 adalah seperti di bawah. Perubahan hanya berlaku kepada graduan Sidang Pertama dan Sidang Kedua. Manakala sidang-sidang lain adalah sama seperti mana kedudukan sebelum ini.  



Sidang Pertama, Rabu, 21 September 2011, 9.00 pagi
Pengerusi: D.Y.M.M. Tuanku Canselor
Ijazah Kehormat           
Doktor Falsafah           
Doktor Falsafah (Farmasi Klinikal)           
Doktor Pendidikan           
Sarjana Sains (Sains Gunaan)*           
Sarjana Farmasi (Farmasi Klinikal)            
Sarjana Sains (Tulen)*           
Sarjana Sains (Kejuruteraan)*           
Sarjana Sastera*                           
Sarjana Sastera           
Sarjana Sains (Sains Maklumat Geografi)           
Sarjana Sains (Bandar & Komuniti Lestari)           
Sarjana Kajian Antarabangsa dan
  Diplomasi (Kajian Eropah)                                     
Sarjana Kerja Sosial                       
Sarjana Pengurusan Ekonomi                                   
Sarjana Pentadbiran Awam           
Sarjana Pentadbiran Perniagaan                                     
Sarjana Komunikasi                       
Sarjana Sains Kemasyarakatan*           
Sarjana Sains Kemasyarakatan                       
Sarjana Sains (Kesihatan, Perubatan &                       
   Pergigian)*
Sarjana Sains (Kesihatan, Perubatan &                                   
   Pergigian)           
Sarjana Perubatan                                     
Sarjana Perubatan Masyarakat                                   
Sarjana Patologi                                    
Sarjana Surgeri                                   
Sarjana Kesihatan Awam           
Sarjana Kesihatan Awam
Pergigian                       

*Mod Penyelidikan                       



Sidang Kedua, Rabu, 21 September 2011, 3.30 ptg. 
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Dr. Jegathesan Manikavasagam
Sarjana Sains (Sains Gunaan)                       
Sarjana Sains                       
Sarjana Sains (Kejuruteraan)                       
Sarjana Instruksi Multimedia                                       
Sarjana Pendidikan                                   
Doktor Pergigian                       
Doktor Perubatan                       
SM Seni Bina           



Sidang Ketiga, Khamis, 22 September 2011, 9.00 pagi 
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Dr. Jegathesan Manikavasagam
SM Teknologi                       
SM Pengurusan                       
SM Pengurusan (UA)                       
SM Pengurusan (JJ)           
SM Perakaunan           



Sidang Keempat, Khamis, 22 September 2011, 3.00 petang 
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Dr. Jegathesan Manikavasagam
SM Sains Gunaan                       
SM Sains Kesihatan                       
SM Sains (Sains Forensik)                       
Diploma Kejururawatan                       



Sidang Kelima, Jumaat, 23 September 2011, 9.00 pagi  
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Dr. Jegathesan Manikavasagam
SM Seni Halus                       
SM Seni Muzik           
SM Sains Komputer                       
SM Sains Komputer (UA)           
SM Komunikasi           
SM Komunikasi (UA)           
SM Sains dengan Pendidikan           
SM Sains (PBP)             



Sidang Keenam, Jumaat, 23 September 2011, 3.30 petang
Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail
SM Farmasi                       
SM Farmasi (UA)           
SM Sains Kemasyarakatan                       
SM Sains Kemasyarakatan (JJ)                           
SM Sastera dengan Pendidikan           



Sidang Ketujuh, Sabtu, 24 September 2011, 9.00 pagi
Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail
SM Kejuruteraan           



Sidang Kelapan, Sabtu, 24 September 2011, 3.00 petang
Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail
SM Sastera                       
SM Sastera (JJ)           

Sidang Kesembilan, Ahad, 25 September 2011, 9.00 pagi
Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail
SM Sastera (Seni)            
SM Sains                        
SM Sains (JJ)           
SM Pendidikan  




MAKLUMAT TAMBAHAN:


1)  Jadual Pengambilan Pakaian Akademik (JUBAH, KALUNG DAN TOPI)   di Bilik Jubah Utama bawah Perpustakaan Hamzah Sendut seperti berikut:

Sabtu, 17 September 2011, 9.00 pagi - 5 ptg  - Graduan Sidang 1, 2 & 3
Ahad, 18 September 2011, 9.00 pagi - 5 ptg  - Graduan Sidang 4, 5 & 6
Ahad, 18 September 2011, 9.00 pagi  - 5.00 ptg - Graduan Sidang 7, 8 & 9

Walau bagaimana pun graduan boleh wakilkan kepada rakan atau orang lain untuk mengambilnya dengan memberikan surat wakil dan nyatakan ukur lilit kepala dan ketinggian. BOLEH JUGA DAPATKAN BORANG  DARI LAMAN WEB BERKENAAN ATAU SURAT YANG AKAN DIHANTAR. DISINI


2)  Pemulangan pakaian akademik  =>

Jadual untuk pemulangan pakaian akademik adalah seperti berikut:

Di Bilik Jubah Utama iaitu di bawah Perpustakaan Hamzah Sendut I, Kampus Induk:
 

21 Sept. 2011 (Rabu)
3:00 petang –   5.30 petang

22 - 25 Sept. 2011 (Khamis - Ahad)

9.00 pagi       –   5.30 petang

26 - 29 Sept. 2011 (Isnin – Khamis)
9.00 pagi       – 12.00 tengahari
2.00 petang   –   4.30 petang

30 Sept. 2011 (Jumaat)
9.00 pagi       – 12.00 tengahari
3.00 petang   –   4.30 petang

1 - 6 Okt. 2011 (Sabtu – Khamis)
9.00 pagi       – 12.00 tengahari
2.00 petang   –   4.30 petang

7 Okt. 2011 (Jumaat)
9.00 pagi       – 12.00 tengahari
3.00 petang   –   4.30 petang

8 - 9 Okt. 2011 (Sabtu - Ahad)
9.00 pagi       – 12.00 tengahari
2.00 petang   –   4.30 petang


· Pemulangan lewat pakaian akademik bermula pada 10 Okt. 2011  adalah di pejabat Bahagian Perkhidmatan Kemudahan Pusat – Teknologi Maklumat, Pejabat Pendaftar, Aras 2, Bangunan Canselori, pada waktu pejabat.

· Bayaran denda kerana lewat memulangkan pakaian akademik akan dikenakan mulai 10 Okt. 2011 (Isnin) dengan kadar bayarannya adalah RM20.00 bagi setiap hari..


3)  Raptai akan diadakan pada hari Selasa,  20 September 2011, jam 9.00 pagi - 10.30 pagi untuk Graduan Sidang 1, 2, 3; manakala untuk Graduan Sidang 4,5 & 6 akan diadakan mulai jam 11.30 pagi - 1.00 tgh. Raptai untuk graduan Sidang 7, 8 & 9 akan diadakan pada hari Jumaat, 23 September 2011, mulai jam 8.30 malam. Semua raptai akan diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM.

4)  Semua raptai akan diadakan serentak bersama-sama Dekan-dekan yang memperkenalkan ijazah dan Pembawa Cokmar.

5)  Untuk menyemak senarai graduan boleh hubungi Unit Peperiksaan, Jabatan Pendaftar - 046533479/3123/3909/3077. Emel: Roslan_i@usm.my; abdhadi@usm.my

6)   Untuk pakaian akademik, graduan boleh hubungi Bahagian Perkhidmatan Kemudahan Pusat, Jabatan Pendaftar- 04 6533197/3287/3127/4242.  Emel: ramlimehat@usm.my

7)  Untuk pertanyaan tentang yuran dan bayaran-bayaran yang berkaitan, hubungi Seksyen Hasil & Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari - 04 6533132/ 4133/4182. Emel:  rafizal@usm.my; mu’izz@usm.my


sumber:En. Mohamad Abdullah

ps: kami punya konvo ari sabtu, sidang ke tujuh, mai tau! =)


^______^

10 0 org berkata kata:

iPai said...

thank u wani .. nak share yg ni juga laa .. boleh kan wani ?

Wani said...

@iPai
wlcm, sila la syer

azaz said...

kita grad 24/9, anta jubah 21/9? mcm mn tu???

Wani said...

@azaz
itu tarikh start anta jubah,
mengikot apa yang diberitahu, tarikh ahkir hantar jubah dalam 2 minggu selepas konvo

CMRatu Fotografi said...

ada sapa yang nak shoot potrait konvo boleh cari saya.. :) untuk USM je la.. boleh rujuk www.cmratu.com ada gak gambar potrait konvo thn lepas.. :)

nasirzin said...

konvokesyen potraiture

http://nasirzin.com/blog/?p=1746

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1344378538444.2043955.1500681331&type=1

masih ada lagi slot2 yg kosong...
email saya utk maklumat pakej : nasirzin@gmail.com

Anonymous said...

Salam, boleh tolong antar lg sekali tak surat konvo and surat raptai untuk bolehkan saya minta cuti tanpa rekod secepat mungkin ke Nuraini Bt Sk Abdul Jamal, B 48 Lorong 4 Taman Melati 08000 Sungai Petani Kedah
Terima kasih..........

Wani said...

@Anonymous
w'salan cik nuraini, saya bukan keja kat usm..maaf la tak boleh nk anta apa2 surat..rasanya haritu usm ada hantar surat konvo utk sesiapa yang bakal berkonvo pada bulan ni..dan kalau cik baru start keja, rasanya akan dapat cuti tanpa gaji, sbb kawan saya semua dapat cuti takbergaji...

selamat berkonvo cik nuraini ^__^

Anonymous said...

salam... boleh tau x bile n ktne nk kene daftar konvo, ke xperlu... n ade ape2 bayaran x?

Wani said...

@Anonymous
w'salam, utk sebarang info yang lebih detail ttg konvo, boleh semak di laman web usm di http://registry.usm.my/konvo/

bayaran konvo adalah sebnyak rm60 kalau tak silap saya, boleh semak dengan jab bendahari samada dah jelaskan masa 1st yer dulu atau belum,

untuk lapor diri, hanya perlu lapor diri di dewan kuliah yang ditetapkan utk memakai jubah konvo nnt je before nk masuk dewan DTSP nnt.

n sebagai peringatan, kita kena isi borang kajian mohe, di http://graduat.mohe.gov.my/skpg1/
isi dan cetak, masa nk hantar jubah nnt kena bg kat diorang..

itu aje rasanya, slamat berkonvo! ^_^

ps: datang la konvo saya 24 sept ni ^^

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

Blog Archive