Pic of da day #23

Thursday, March 31, 2011 | |


menghitung detik akhir kita bersama...


bye melaka

Wednesday, March 30, 2011 | |

balik dari melaka, pukul dua pg sampai usm, buat keja skit,pukul tiga pagi tidoq, bangun2 tengok jam dah pukul 11, alamak! kelas pukul 9!! first time tak p kelas sebab telajak tidoq, bangun bukak fesbuk, dengan harapan ada anouncement kelas batal, cari cari cari, takdak, kecewa giler, nak buat camna, masa takboleh nak reverse, so sambung tidoq balik...

dataran MBMB, melaka
jam 11.59 pm
(lepas je snap gambaq ni, ayaq pancut tu tiba2 hilang, cuak jugak, rupa2 nya dia otomatik tutup pukul 12)

happy monday

Monday, March 28, 2011 | |

dear all,

kami nk p melaka rini...
ada lawatan industri, kami akan singgah tidoq kat UTeM mlm ni, kalau kami rajin, kami akan bawak ncik nikky kami ni so boleh la kami update, kalau kami x rajin, maka balik dari lawatan esok baru lah kami akan update yea..

itu saja quick update kami...
sapa2 yg ada kat area2 tu, boleh la jumpa, sbb nnt ada lg 2 org blogger yg akan join lawatan tu, encik ipai dan cik ogies

oke, nk p kemas beg dah, daa~

kekasih baru

Sunday, March 27, 2011 | |

mulai hari ini, kami ada kekasih baru untuk menggantikan kekasih lama yg sudah tidak mampu berlari seiringan lagi...
tapi jangan risau kekasih lama..kita akan tetap berkawan macam dulu dulu jugak..cuma mungkin kita akan berjumpa tidak sekerap dulu...


ptg ni kalau tak ujan boleh la trai test kat trek, hahaha...


Pic of da day #22

Saturday, March 26, 2011 | |



26/03/2011
Earth Hour
8.30pm - 9.30pm

more Pic of da day here

Pic of da day #21

Friday, March 25, 2011 | |

kalau takda single, maka takdak lah double, triple, quadruple and banyak2 lagi... =)

more Pic of da day here

satu gambaq

Thursday, March 24, 2011 | |

sini ada satu gambaq



dear mieys,
sorry satu ja gambaq, kami agak buzy skang, ada project advance process control yg perlu disiapkan before ahad ni, then perlu siapkan report full FYP before 30 mac ni, 28 and 29 mac ni ada lawatan industri ke melaka pulak, ada asaimen yg perlu di buat untuk dibawa ke sana, 4 april pulak kena hantaq design task 3 dan full report design dari sem 1 hingga sem 2, uhuk uhuk *konon konon batuk kesian* nnt kalau kami agak free, kami akan sambung edit gambaq yg kita tangkap ritu na =)

yang benar,
wani ^^

sape mieys ni?
dia la kawan kami dari matrik yg kami cerita kat entry selamat berkonvo ^^,

ps- kami update sikit2 je kot lepas ni

tahniah =)

Wednesday, March 23, 2011 | |

hai, ritu kami ada bagi tau yang kami p tangkap gambaq kawan kami konvo, so kalini kami tunjukkan hasilnya....




















abih dah.....jumpa di next entry! ^^,

ps- kami ni budak baru belajaq, kalau ada yg kurang, sila sila la teguq eh, bole la kami belajaq lagi, heee ^^

jalan jalan pantai keracut

Monday, March 21, 2011 | |

orait, ni baru berkesempatan nk upload gambaq2 p pantai keracut ritu,
ritu kami ngan kawan2 skul kimia kami kat usm nih p jalan jalan ke pantai keracut, before nih dah pernah p, tapi tiga org ja, kami, naufal and farhan, tapi kali nih semua sekali ada 13 orang, jap g kami kenalkan sorang2 na, hehehhe...

ini ada peta perjalanan dari taman negara penang ke beberapa destinasi yg ada, cuba tengok kat peta tuh, ada pintu masuk, so start dar situ lah kami p ke pantai keracut.. ^^


okay, ni la ahli rombongan mak limah balik rumah kali ni, dari kiri:
naufal, afrizal, hafeez, dokte hekarl, ayshah, kak long, farhan, ogies, ain, nazrah, raje kerol, kuyah, kami ^^


ini penyambut tetamu taman negara, ahahhahaa...



dah sampai pon pantai keracut...





















balik....

itu saja buat kali ni...nnt bila bila jom la p lagi...hahahha...

ps- cerita pantai keracut yg dulu ada di entry OMG(Oh Menarik Giler)

Selamat berkonvo!!

Saturday, March 19, 2011 | |

harini kami p majlis konvokesyen USM, ada kawan kami konvo, nama dia fizan, hehe...
kami p tangkap gambaq dia, rasa best pulak tangkap gambaq org konvo nih, semua muka ceria2 ja, best best best, nnt kami konvo mesti ceria jugak kan, hahhaha...insyaAllah...

nk cerita sikit ttg kawan kami nih, fizan nih kawan kami start dari tingkatan satu lagi, kami sama kelas ngan dia, dulu kalau kat sekolah tuh, kami ada geng la, suma skali 4 orang, fizan, fizah, hasnida, dah kami, hazwani,dua org start huruf F, dua org start huruf H, dua pengawas, dua tak pengawas, lepas SPM, dua org dpt p matrik, dua org x p matrik, dua org masuk USM, dua org masuk UiTM, skang dua org dah grad, dua lagi x grad lagi, semua nya dua dua, hahaha... nk tambah lagi, dua org dah ada pakwe, dua lagi takdak pakwe lagi, hua hua hua... unik betol...

next, time semua penerima ijazah tengah duk dlm dewan konvo tuh, kami berpusing pusing la di luar dewan...kami ada jumpa kawan matrik kami, umi namanya, dulu masa kat matrik, kami ada study group, ahli ahli group tu adalah umi, kami, lina and kid, alhamdulillah semua dapat masuk usm, sorang di induk (umi), dua org di engineering (kami and kid) , dan sorang di kesihatan (lina) skang ni umi dlm sem last jugak, sama la mcm kami, so nnt kami grad bulan 9 nnt, insyaAllah akan jumpa la dengan dia lagi, hehehe...

oke2, takmau dah cerita panjang panjang, nih nak tunjuk gambaq intro ja kawan kami grad, nnt kami upload laen banyak2 na...




reason kami upload satu ja sebab janji kami nk upload gambaq jalan jalan pantai keracut tuh tak tertunai lagi, hahhaha... kami kena bubuh gambaq pantai keracut dulu, nnt kami tunjuk na.. sabaq sabaq tau... ^^

Pic of da day #20

Wednesday, March 16, 2011 | |

nek moto p parit buntaq,
beli stok makanan,
nampak tong ais,
teringat nk mkn eskrem,
bli eskrem vanilla bekas kecik,
harga rm2.99 je,
balik bilik,
ada air strwabery kat bilik,
boleh buat float,
makan float, eh, ke minum float eh?
kompius,
sbb dlm float ada eskrem,
pastu ternmpak strawbery kering yg rumet bawak,
dah beberapa minggu strawbery tu tak habeh habeh,
ada idea baru,
makan eskren dengan strawberi,
ntah la strawberi tu elok ke tidak,
janji sedapppp....

baby baru dalam usm!!

| |

kepada student usm engineering campus, mesti hampa semua kenai kak farah yg keja kat kedai mahasiswa tu kan? ala akak yg kecik2 dan comey2 tuh..haaa...ni nk bg tau, dia dah selamat melahirkan baby boy ari ahad ritu, 13 mac 2011, ni ada gambaq dia ^_^



time kami p tengok ni, dia x bg nama lagi..so kami pon taktau la apa nama baby dia..hehehe

chemical night 2011

| |

seperti yg dijanjikan, nih kami ada bubuh siket gambaq chemical night 2011, tadaaa~













oke, dah...

next, gambaq jalan jalan ke pantai keracut pulak, tungguuuu~

ps- sory kualiti gambaq tak memuaskan =(

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

Blog Archive