kenangan geng pengembaraan

Saturday, April 30, 2011 | |

duduk di rumah
sorang sorang
teringat kawan kawan
bukak fesbuk
tengok album lama..
banyak gamba kenangan dengan kawan kawan sekepala
best, gelak sorang2 tengok tu
sedih pulak
entah bila akan berjumpa lagi...

paling rindu, kawan geng pengembaraan ke cameron highland
sebab mcm kerja giler ja, pukul dua pg ramai ramai gerak p cameron, semata mata nk tengok sunrise.. sporting sangat korang...











semoga berjumpa lagi =)

persoalan

Thursday, April 28, 2011 | |

kenapa wani dah tak update?
-kami buzy buat thesis, kena hantar esok, tapi kami dah hantar semalam..bagus tak kami? =)

itu je ka sebab wani tak update?
-takde lah.. kami buzy luangkan masa dengan kawan kawan kami...maklumlah semua dah nk balik tempat masing masing..lepasni diorang dah keja, dah susah nak jumpa dah..

lagi?
- sebab kami tak berkesempatan nk update, iyelah, sejak lepas exam ni, kami duduk je depan leptop, mesti ada benda yang kami buat dan bincang dengan kawan2 kami melalui skype...kalau kami tak duduk depan leptop ni, kami tido atas katil nu hah, kalau tak dua2, maknanya kami takde di bilik.

tadi kate buat thesis, banyak sangat ke?
-takde lah banyak...sebab skul kami ni teratur sikit, so kami dah hantar thesis secara berperingkat before nih, dan thesis full dah siap lama dah..yang kami buat baru2 ni adalah yg pembetulan punya, mcm biasa, betulkan grammar, spelling mistake, kadang2 ada yg terlepas pandang, mcm tertinggal titik ke, hurup ke..simple2 je..

oooo...tadi kate buzy spend time dengan kawan2, takde gamba ke?
-ada2..baaaaaannyaaakkkk sangat...tak sempat kami mengupdate disini..malam lepas exam, kami ada bbq, then jalan p taipeng lah,  makan2 di kg pelet, mcm2 lagi kami buat bersama2 dengan kawan kami..nt kami update gamba2 tu na.. =)

wani dah habis belajar kan?
-yup, dah habis dah...final dah ambil, thesis full dah hantar, complete

lepas ni nak buat ape?
-orait, kami dah apply untuk buat master, insyaAllah bulan 8 kami sambung buat master kat USM ni...

before bulan 8, takde buat ape2 ke, part time ke?
-ade ade..kami buat RA kat USM ni jugak...pertengahan bulan 5 ni start RA, then kami sambung terus dengan master, insyaAllah... =)

tak teringin nk keja ke?
-sapa kata tak teringin oii...nk sangat keja, dapat gaji bulan2, beli itu, beli ini, syok oo...

tapi kenapa sambung?
-sebab kami penah berfikir2 dulu, kami start pegi sekolah dari umur 5 tahun, sampai lah sekarang, 18 tahun kami belajar je,kalau kami stop sekarang, kami hanya akan berpuas hati dengan degree, apasalahnya kami sambung lagi beberapa tahun untuk kami berbangga dengan master ataupon PHD, sikit je lagi, kami boleh tempuhi 18 tahun, kenapa tidak lagi beberapa tahun ini je supaya kami rasa puasnya belajar, lepas tu kami keja la mana mana pon...kan? =)

nnt sambung, umor berapa baru habis belajar?
-skang 23 tahun, katakanlah belajar lg 3 tahun, 26 la habis...

26? tanak kawen ka?
-nak la... haddoi pun... -_-''


okeh??
^___^

habis dah...

Friday, April 22, 2011 | |

ape yang habis??
kami dah habis belajar!! hooyeehhh!!! *suka giler*

oke oke..cool..rilek ar..manada habis betul2.. corrected thesis tak hantaq lagi.. kuang kuang kuang.. 
baru habis exam ja..hihi..

tadi dah la paper last, boleh pulak la terjadi satu tragedi april kat situ, meh nak crita apa yang jadi
kami dah habis jawap soalan paper tadi, so kami pon rilek rilek la cek balik apa yg kot kot tersalah ka, so boleh la betulkan, kami pon selak la ketas tu satu satu...selak punya selak, tiba tiba!!!  

"tap...tap...tap..tap tap tap tap tap!!"

cer teka apa jadi..

salah....
.
.
.
certeka lagi
.
.
.
.
salah....
.
.
.
.
jawapan nya....

ayaq ekon menitik atas ketas jawapan kami!!!!!

giler babas lah!! atas ketas jawapan tuh oi! kami terus bangun and selamatkn ketas jawapan kami then pangil pengawas peperiksaan yang ada kat situ, nasib kami sangat baik sebab dia menitik atas page yang kosong, page belakang, so mmg takdak tulis apa2 kat situ..haish..nasib baik kami cool jeh *hahaha* tadak la gelabah sangat...kalau tak mau jerit satu dewan dengaq..heee =) 

kepada dokter yang bakal menyemak ketas jawapan EKC462-Advance Process Control saya, kesan air yang terdapat atas kertas jawapan saya itu adalah air ekon yang tampa segan silu menitik sesuka hati dia, jangan salah tafsir dengan mengatakan saya telah menangis teresak esak sambil menjawap soalan exam atau saya telah keboringan sampai tertidur dan mengeluarkan air luir basi, sekian terima kasih.

habis ja exam tadi, semua sorak2 gembira, suka giler lah diorang, mana taknya, 4 tahun belajar di usm ni, akhirnya habis jugak..alhamdulillah..

dulu tiap tiap hari bangun tido, pikir nak p kelas, ada asaiment, ada kerja itu, ada kerja ini, kena hantar time ni, ada talk, ada meeting, ada macam macam lagi, then malam tido, bangun pikir lagi benda yang sama, ini lumrah kehidupan seorang student, mana mana universiti pon sama ja.

sebenarnya itu semua adalah amat best, nak tau kenapa? cuba bayangkan orang2 yang takdak keja, duk lepak kat rumah, hari2 tengok tivi, tivi tengok dia, apa yang dia boleh pikir? kadang kadang mesti dia sampai takdak idea nk pikir apa, tak keh giler babas punya bosan tuh, haish...

okeh okeh, takmau sembang panjang panjang, kami cuma n bg tau kami dah berjaya habiskan masa 4 tahun di USM engineering campus ni dengan jayanya!!! hoyeah




tak sabar nak grad bulan sembilan ni, hihi
*kolar biru di jubah konvo USM adalah untuk jurusan engineering *
^_____^


all the best semua

Monday, April 18, 2011 | |




harini dah start minggu exam kat USM, kat universiti laen pon mesti dah dekat dekat nk exam jugak kn, selamat exam semua =)

ALL THE BEST K!!! 
^____^

geng pengembaraan (cameron highland)

Sunday, April 17, 2011 | |

based on previous post

maka reader reader semua pasti dah tau yang kami telah sampai di cameroon highland lagi sekali dengan kawan kawan kami selepas dah pergi dengan family haritu.


okay, maka kalini kami akan bercerita kisah pengembaraan kami dah kawan kawan pula, kisahnya bermula pada jam dua pagi, 15 april 2011

2.00am
semua peserta wanita yang terdiri daripada cik ain, cik ayshah, cik nad, cik dya dan kami berkumpul dihadapan blok 2.


2.25am
encik naufal datang menjemput kami semua di hadapan blok dan pergi berkumpul dihadapan blok lelaki pula, disini berjumpa pula dengan peserta lelaki yang terdiri daripada encik naufal, encik sopi, encik farhan dan ecik raje

2.40am
kami semua memulakan pengembaraan dari USM kampus kejuruteraan ke cameron highland dengan kekuatan dua bijik kereta..


3.30am
singgah berehat di RnR sungai perak, tak ramai yang singgah sini, time kami semua ada disini, hamya kumpulan kami ja yg bising bising disitu, dan ada satu kisah mistik berlaku disini,
kisahnya begini:
time sampai di tempat minum tu, semua oder air masing masing,then duduk kat meja, lepas beberapa minit, air pon sampai..dan peliknya, air yg sampai tu terlebih satu, then org kedai tu tnya,
'sape yang oder roti bakar eh tadi?'
hah!, semua tercengang, ada keh yang oder roti bakar?
jeng jeng jeng...
kalau situasi ni berkalu di RnR yang ramai orang, takda la pelik sangat, ini menjadi pelik sebab RnR tu mmg takda orang lain, cuma group kami ja yang singgah duduk situ.
lepastu semua bising bising cakap dan cik nad telah memaksa kami menulisnya di dalam blog -_-''



di RnR sg perak


 4.10am
lepas semua dah penat bergelak ketawa kat RnR yang seram tuh, kami semua sambung balik perjalanan ke cameron highland tu..since kami semua bergerak awal pagi, jalan agak clear, jam 4.25am dah sampai di tol simpang pulai then bergerak naik ke cameron

6.00am
selamat sampai di berincang..
kami semua solat subuh disini, then lepas solat, kami bergerak untuk mencari tempat melihat sunrise..


 di depan masjid berinchang


sebenarnya tujuan utama untuk bergerak ke cameron pada awal2 pagi tuh adalah untuk melihat sunrise, sebab sunrise di tempat tinggi dan sejuk berkabus ni lain view dia dari sunrise yang biasa kita lihat hari2.. =)
malangnya, nasib kam semua kurang baik..sebab pagi tu hujan rintik rintik dah awan mendung sangat tebal..maka sunrise tidak kelihatan..tengok semua sama terang jeh... =(

tapi takpa, kami semua dah recover dengan tangkap gambar di tempat tempat yang menarik dan best!! ^_^

mula mula kami tangkap gambar di equatorial hotel cameron highland, landscape dan view disitu sangat cantik dan menarik











lepas hotel tu, kami semua pergi mencari port untuk mengisi perut yang sedang rancak berkeroncong diawal pagi itu...

 makan nasik lemak panas panas dlm cuaca yang sejuk, memang best giler lah

lepas dah kenyang makan nasik lemak sedap semua, dan ada sedikit sesi gosip menggosip, kami semua bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Ladang Teh Bharat.




selepas penat tangkap tangkap gambaq dan bergelak ketawa disitu, kami semua pon gerak ke destinasi seterusnya..Bee Fram

di bee farm ni kecik je, ada bunga bunga sumber makanan bee itu dan beberapa ketul rumah bee, ada juga kawan memetik strawbery, klau nak beli honey yang segar, boleh la beli disini..





next, kai bergerak ke kawasan air terjun, tempat dia kecik je, air terjun dia pon boleh tengok je, tak boleh mandi pon, mengikut kawan kawan yang pernah sampai di tempat tu, dulu tempat tu cantik dan ada orang berniaga disitu, tapi hari yang kitorang sampai sana, takda orang pon, dan kawasan tu sedikit kotor, kalau dibersihkan, sure cantik dan menarik tempat tu...




dah penat pusing pusing, kami semua singgah makan di salah satu branch fast food di cameron, merry brown. itu adalah 1st tume kami makan di merry brown, dah kami rasa makanan nya adalah tak masuk langsung dengan selera kami, tak sedap, titik

lepas makan, group lelaki dan perempuan berpecah sebentar, group lelaki pergi menunaikan solat jumaat dan group perempuan pergi jalan jalan di area tu dan mencari surau. lepas semua selesai, kami berkumpul semula dan bergerak ke kawasan mardi

dalam kawasan mardi ni sangat banyak pokok pokok dan landscape yang menarik



 harga tiket masuk ke MARDI
student price tu sampai diploma jeh oke, ijazah tak boleh 




ahli geng pengembaraan:
dari kiri: raje, farhan, sopi, wani, nad, ain, ecah, dya
tiada dlm gamba: naufal  



since ada orang yang dari awal sampai cameron dia asyik cakap 'plucking plucking!' maka destinasi seterusnya adalah...erm..tak ingat nama tempat...huhu

tempat tu sangat luas, ada tempat cactus, luas mcm ladang dah, then ada ladang strawberry, boleh petik sendiri, then ada cafe, makanan disitu semua berasaskan strawberry, sangat sedap kot....fresh lagi tu....







lepas semua dah kenyang, kami bergerak ke kawasan pasar pula..disitu ada yang beli strawberry dan ada yang beli bunga untuk dibawa balik...kalau kat cameron nih, pasar ni la tempat yang paling best nk membeli, sebabnya sini ramai yang jual benda yang sama, so semua akan cuba kurangkan harga untuk bersaing, maka kita sebagai pembeli amatlah bertuah sebab dapat beli barang yang sama jeh kualiti nya, tetapi harga yang lebih murah.. =)

lepas semua dah habis puas membeli, kami pon bergerak turun dari cameron highlang pada jam 7.00pm...

8.00pm
selamat sampai di stesyen petronas simpang pulai, semua orang segarkan diri masing masing, then bergerak pula cari makan di ipoh..

9.00pm
di ipoh, kami semua singgah makan di restoran simpang tiga, rasanya pemilik restoran ni orang indonesia kot, sebab makanan di restoran ni semuanya berasal dari indonesia, dan pekerja dia pon orang indonesia, tapi jangan takot..tempat ni sangat selesa..siap ada sediakan surau yang bersih lagi untuk pelanggan dia...so kami semua pon singgah makan dah solat disitu..

10.30pm
lepas semua dah selesai, kami semua pon bergak pulang ke usm tercinta.. =)

12.00am
sampai di usm balik...

jumlah jam perjalanan kami semua ni tak sampai 24 jam, tapi pengalaman dan keseronokan nya sadalah sangat banyak, sampaikan tak terasa pon sesi cut cuti kami semua ni hanya satu hari, mcm banyak sangat perkara yang kami semua lalui bersama...

terima kasih kawan kawan...

kawan kawan.
lepas ni kita semua akan exam untuk terakhir kali pada 21 april (untuk student energy) dan 22 april (untuk student control), lepas itu jangan lupa kita kena hantar full corrected thesis pada 29 april, then semua akan berangkat pulang ke rumah masing masing.. ada johor, ada negeri sembilan, ada kuala lumpur, ada selangor, ada kedah, ada kelantan, dan ada penang, lepasni ada yang sambung study , ada yang kerja, tempat kerja pon ada yang dekat rumah, ada yang dinegeri lain, maka amatlah susah untuk kita berkumpul mcm ni lagi, mungkin disebabkan jadual cuti masing masing adalah tidak sama, hari raya pon belum tentu semua cuti, kalau cuti pon mesti nk luangkan masa dengan keluarga dan kawan kawan time sekolah dulu, maklumlah kawan sekolah lagi lama dari kawan time universiti ni, dah la 4 tahun je, kelas sehari dua tiga jam je, kenal pon tak habis...ah, kami tak kisah semua tu, lepasni samada kita akan berjumpa lagi ataupon tidak, kami nk pesan sesuau , ingatlah kami selalu, kami kan sentiasa ada disini ^_^



ps:  gamba diambil oleh varies org (wani, ain, raje, naufal) kreadit to them ^_^

dah sampai...

Saturday, April 16, 2011 | |

sekarang 12.20am
.
.
15 minit yg lepas, baru sampai dari cameron..
.
.
best sangat
.
.
akan diupload segala cerita kemudian
.
.
penat dan mahu tidur
^____^

lagi sekali

Friday, April 15, 2011 | |

jam pukul 12.40 am
lagi 1 jam 20 minit
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


cameron with friends.. =)

sedih..=(

Wednesday, April 13, 2011 | |

viva semua dah habis, tapi tak rasa seronok pon...
sedih..sedih..sedih..
viva fyp tak seperti yang diharapkan,
asalnya viva fyp ari kamis, tengok2 jadual smalam, dah tuka ke harini!! gelabah giler la semalam pulun buat slide and study balik semua, pagi tadi dah rasa gelabah dan berdebar2 dah, then masuk present lagi la gelabah... =( 

sedih sangat... tak pernah pon present teruk sampi mcm ni.. ni gara2 tau jadual tukaq last minit la ni..huhu..
mood suma dah hilang, rasa nk nages ja, tapi kalau nanges pon bukan boleh repeat viva tuh, buang karen ja, huh

sedih mcm kucin =(

mari melepak cara sihat

Tuesday, April 12, 2011 | |

ini adalah sambungan sesi sebelum ini, iaitu sesi 'one more to go'


muka cuak masing masing before masuk bilik viva


nampak sangat cuak kan? senyum tak iklas, hahahha

selepas satu jam lebih, viva pon tamat...
maka kami sekumpulan telah bergerak ke secret recipe untuk membeli kek tanda penghargaan pada diri sendiri kerana telah berjaya menghabiskan kerja kerja plant design selama satu tahun ini...

 pilih pilih kek


 bawak kek makan kat kedai makan, motif? 
supaya boleh makan banyak lagi la...hahhaha

lepas makan, kami semua berkejar kejar dengan sunset di ban pecah, riuh satu kereta semata mata nak pastikan sempat untuk tangap gambaq seperti dibawah ini:
 last last dapat jugak tangkap gambar sunset ni..

sesi posing seterusnya:




ini baru habes viva design, belum lagi viva fyp, kita tunggu dan lihat apa pulak yang akan kami semua buat lepas habis viva fyp... =)


ps: sihat kan cara lepak kami, hahhaha ^___^
pss: all the pic kreadit to kamira cik ain ^__^

one more to go!!

Monday, April 11, 2011 | |

okay, rini dah habis satu viva, design punya, segala penat lelah *cewah* dan kerja keras kami sekumpulan dalam menjayakan plant design of Vinyl acetate production from ethanol ni dah tamat setakat hari ini.

tadi start present jam 3.45pm sampai lah 5 lebih sikit *sikit ja lebih dia*, lepas ja present, semua pakat lapaq, so kami semua terus ke secret recipe untuk makan kek sebagai tanda penghargaan pada diri sendiri *padahal sebelum ni slalu la makan, alasan je nih :p *

lepas dah kenyang makan makan, kami semua berlepaking kat tepi pantai pulak...hehehe..sangat hepi tak terkata, padahal viva fyp bakal tiba hari kamis nih, tak lepas lagi sebenarnya, hahahha

nnt kami upload gambaq2 yang diambil time sunset di tepi pantai, ekceli pantai ni la yang encik apai pegi time sesi mencari semangat yang hilang dia tuh, hahhaha

okay2, nak siapkan slide untuk viva fyp pulak, daaa~
^___^


ps: ape viva ni?? viva ni bukan kereta viva tuh okay, viva adalah presentation..then lepas present ada sedikit Q&A session.. =)

lori tebalik!!!

Sunday, April 10, 2011 | |

hah!! ape!?? yea betul, ini buka main main, ini juga bukan dugaan..ini betul betul lah..
tadi masa kami otw balik ke usm, *eh, kami p mana?? yea..kami balik rumah sebenaq nya..hihi*, oke2 sambung, time kami balik ke usm tadi, start dari area simpang keluar ke juru sampai lah simpang keluar ke bukit tambun, jem TERRUK PUNYAAAA...nak habaq mai, dari jalan kereta ada dua line, terus tercipta jadi tiga line!!! haish...sikap pemandu malaysia..mmg mcm ni..sebab perangai mcm ni la semua pemandu lain susah,sekali dengan penunggang moto pon susah skali, apa yg susah?? meh nak habaq mai

moto slalu jalan kat tepi skali belah kiri,(takdak masalah)

bila jem, dan ada pemandu kereta yang konon2 bijak la sangat nak jalan kot tempat moto tuh, maka terjadi lah perebutan kawasan antara moto dan kereta,(masalah satu)

hoi, jalan kat tepi tu kecik la wei, sah sah la kereta yang menang, moto mana celuih nak lalu situ dah kalau kereta dah duduk situ, maka si penunggang moto pon terpaksa lah beralah, dia pon p la lalu antara celah celah kerta yang lain, (pengundang masalah)

moto pon selit sana, selit sini, ketoong!!! moto telanggaq cermin sisi kereta (masalah besaq)

punca jem adalah disebabkan lori beras terbalik,habih separuh jalan ditutup sebab beras tebalik penuh atas jalan (punca masalah)

maka jalan yang asalnya 2 lane menjadi 1 lane sahaja,(masalah jugak ni)

namun disebabkap ada pemandu kereta yang konon konon bijak ni p pandai pandai buat 3 lane, masa untuk semua kereta beratuq keluar jadi satu lae adalah sangat lama!!! (masalah betul!!)

oke yea adik adik budiman dan cerdik pandai sekalian, mari kita belajar matematik dan logik akal sikit,
antara dua pilihan jawapan dibawah, yang manakah yang akan mengambil masa lebih lama

A)kenderaan yang beratur dalam 2 baris bergerak menjadi 1 baris
B)kenderaan yang beratur dalam 3 baris bergerak menjadi 1 baris


hah, jawap jawap, jgan tak jawap....

lambat sangat aih, meh nak jawap,
mesti la jawapan dia b!!

sapa yg bangkang?
berani korang bangkang eh, cer bagi alasan awat korang bangkang
maka disini kami pon nak bagi alasan awat kami kata b,

oke, amik kekelater suma, p amik cepat

assume,  masa yang diambil oleh sebuah kereta untuk masuk ke satu line adalah 20s,
moto amik 10 s ja, ni asumption ja tau..

situasi A (2 line kereta) 
1 row memerlukan masa selama
2x20s= 40s

since tiada sesiaa yang mengganggu line moto, maka kita just ignore ja time yang digunakan oleh moto untuk masuk ke line itu.

situasi B(3 line kereta)
1 row memerlukan masa selama
3x20s=60s

since kereta menganggu moto untuk bergerak dengan lancarnya, tambah masa yang diambil oleh moto pulak
60s + 10s=70s

oke, cer tengok yang mana lagi lama, hampir separuh kot, itu tak temasuk lagi dengan time orang berenti2 bagi hon lah bagai tu, time tiba tiba ada orang tukaq line lah, time tiba tiba ada pemandu yang marah kat org yang buat line ketiga pastu diorang takmau lagi jalan kat orang dari line tuh lah, haaaa...cer tambah balik suma,

haaaaaaa..... amacam?? bernas tak??? kami dah pikiaq dah suma ni atas moto tadi...lama giler, 1st time ambik masa lebih dr satu jam dari rumah nak sampai usm, lenguh habih semua, menusahkan betul la, nasib baik kami ni penyabaq org nya, kalau tak sabaq, kami dah bg hon dah kat kereta yang guna line moto tuh..

heran lah kami, dah banyak iklan di tivi lah, radio lah, suma ada cerita ttg sikap pemandu yang berhemah nih, tapi ramai  jugak yang mcm tak penah tengok tivi pon, haish..

oke oke, dah sikit sikit, bukan ada org nak baca pon, membebel ja panjang bejela....





ps: sory pakcik kereta yg cermin dia kena langgang, tak sengaja dan tak sempat nk mintak maap tadi..-_-''

setahun lamanya

| |

setelah setahun lamanya menggunakan header yg lama, baru rini dapat tuka header yg baru

penyambut tetamu yang baru


penyambut tetamu yang lama


dua dua gambaq penyambut tetamu ni diambil time musim bunga di USM, yang lama time 3rd year, dan yang baru ni time final year, kalau ada rezeki, tahun depan ada lagi siri musim bunga di USM ni, heee~ =D

dah dekat dah!!

| |


nex week viva, then exam!!!!

nak dekat dah, nak dekat dah...

Pic of da day #27

Monday, April 4, 2011 | |


majulah sukan untuk negara
sekian terima kasih
-_-'

more pic of da day here

gegar 1 ribu blog april bermula

| |

jom join sama sama nak =)

kelik sini untuk info

Pic of da day #26

Sunday, April 3, 2011 | |



gamba di snap bukan di i-city :p






more pic of da day here





Universiti dalam taman

Saturday, April 2, 2011 | |

musim bunga di US....M  =D











ingat rini tang tangkap pagi pulak, pastu ujan... so tunda ke lain waktu =)

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

Blog Archive