photoshop for dummies | selective colour

Tuesday, May 31, 2011 | |

harini nak syer sedikit gambar yang bertemakan 'selective colour'

selective colour ni adalah satu teknik mengedit gambar, dimana seluruh gambar tu menjadi black and white atau desaturated dan hanya objek yang terpilih dalam gambar tu sahaja yang akan berwarna.

macam pening sikit nk cerita, ntah betul ke tak ke ayat tuh

senang cerita, meh tengok contoh gambaq gambaq yang telah di select, hehe =)





ini ada tutorial bg yang berminat, tutorial ini sangat simple, ini namanya mari belajar photoshop for dummies bersama kak wani~
^_^




simple kan? satu lagu ja dah siap dua keping gambaq, heee~ =D
selamat mencuba! ^^

pepatung

Friday, May 27, 2011 | |

selamat hari jumaat semua =)

hari jumaat adalah hari yang penuh keberkatan, atas keberkatan hari jumaat ini, impian kami untuk menangkap gambaq macam yang encik d2z slalu tangkap telah tercapai! wowh! 

kisahnya begini, masa kami nk basuh pinggan kat singki tgah hari td, kami terjumpa pepatung ni tengah nk terbang tp tak brapa nk buleh, kami pon amik dia n bawak balik bilik, selepas beberapa ketika, pepatung itu disahkan mati, so kami pon tanpa membuang masa, terus amik kamira dan kelik kelik kelik sampai rasa puas hati, HAHAHA*gelak jahat*

kami suka sangat sayap pepatung, sebab kami rasa ianya sangat unik!
dia lutcahaya, ada garis garis yang membentuk corak yang agak seragam,*garis garis tu tulang atau otot?* nipis, tapi mampu membawanya terbangg~~

maka kami pon amik gambaq sayap dia, hihi... tadaaa~




unik kan? 

oke, hasil kami tak sebagus encik d2z yang mcm kat blog dia, ini kerana kami hanya menggunakan kit lens sahaja *alasan*


dan tahukan anda bahawa pepatung sangat suka senyum, walaupon dia dah mati, hahaha =D


ps: untuk penglihatan yang lebih jelas, sila kelik pada gambaq, buleh tengok besaq besaq, hahaha

koleksi hari ini

Thursday, May 26, 2011 | |

memandangkan ujan baru berhenti,
dan juga takdak keja,
maka tangan ini pon terus mencapat kamira kesayangan 
dan mata liar mencari cari benda yang menarik untuk disnap,

maka terciptalah koleksi hari ini:


yang ni sempat tangkap satu ja, 
nk tangkap kali kedua tengok tengok dia dah hilang, spiderman betul






oke,
itu saja, 
tunggu hari hujan yang lain pulak
daa~
^_^

Pic of da day #35

Wednesday, May 25, 2011 | |

harini kuranng sihat,
kurang vitamin agaknya
marilah makan buah buahan banyak banyak
supaya sihat walafiat
=)


more Pic of da day here

Pic of da day #34

Tuesday, May 24, 2011 | |



terima kasih! 
^__^ 


more Pic of da day here

me tu hepy

| |

pada 24 mei 1988, around 9am, seorang hamba allah telah dilahirkan didunia ini, cahaya mata sulung kepada pasangan encik yusoff azudin dan puan noor zaliza, pada saat kelahirannya, tiada siapa yang dapat menyangka apa yang akan dihadapi dan dikecapi olehnya dalam tempoh masa 20 tahun akan datang.

hari ini, 24 mei 2011, dia sudah menjangkau umur 23 tahun, fail sijil nya dah penuh dengan sijil sijil sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, sampai lah peringkat universiti *owh, siapa sangka budak balik pulau yang maen nyorok nyorok dalam hutan blakang rumah dengan adik adik dia dulu dan selekeh giler ni akan masuk universiti huh? *  dekat rumah dia dah banyak medal medal yang berjaya dikumpul sejak bangku sekolah, trofi pon tak kurang juga, tapi adakahh sijil, medal dan trofi tu yang mengukur apa yang telah dia kecapi sekarang? so kalau hidup 50 tahun pon tapi sijil spm ja yg ada dalam fail, trofi takdak langsung, dan medal ntah kemana, macammana? dulu dekat sekolah, kalau menang medal atau trofi, mesti bangga gila bawak balik rumah, kalau boleh masa jalan nk balik tu nk tayang kat orang kampong , pastu makcik makcik pulak bercakap cakap sesama sendiri 

makcik  : uuih, baguih no budak tu, anak hang dapat apa?

depa bercakap untuk membandingkan kejayaan anak anak depa, itu 10 tahun dulu boleh la, time kecik kecik, umo 23 tahun takkan nk kira medal lagi kot, so sebenarnya apa yang dapat menjadi kayu pengukur kejayaan dalam kehidupan?

ada sesiapa yang boleh bantu kami? 

owh..hepy birthday to me =)







ps: 23 tahun dulu, siapa jugak yang sangka budak kampung jalan bharu ni dalam proses nk sambung master kat USM =)








A.P.I.

Monday, May 23, 2011 | |

kalau orang yang terjebak dalam area pharmaceutical, API boleh membawa maksud active pharmaceutical ingredient, dimana ianya adalah substance used in a pharmaceutical drug or a pesticide that is biologically active.

kalau orang yang terjebak dalan area programming, software dan seumpama dengan nya, API  boleh membawa maksud application programming interface, sejenis rules and specifications that software programs can follow to communicate with each other.

tetapi API disini bermaksud api, tiada yang laen selain api sahaja. 

sekian, terima kasih

sedikit gamba api sebagai pencuci mata






pesanan penaja: jangan bermain dengan api, nnt tebakaq!

tajamnya!

| |


ayam bercakap dalam hati : apa dok ambik gambaq orang ayam nih!! mcm takdak benda laen nk ambik! huh! =p

greetings!

Friday, May 20, 2011 | |

Greetings peeps!
sangat lama tak hupdate, 
tak teringat nk update langsong pon!

apa yang kami buat?

okay, ni nak bagi tau, kami dah start jadi RA, 

what is RA? 

RA ialah Research Assistant, kerjanya membantu lecturer membuat kerja kerja research nya atau pon apa apa kerja yang difikirkan sesuai.

kami dah pernah jadi RA masa kami 2nd year dulu. time tu kami jadi RA kepada Dr syamsul dengan rumet kami (rumet 2nd yer, bukan rumet sekarang) , cik ain

kami berhasrat untuk sambung master, insyaAllah, maka untuk mengisi masa lapang, kami pon mengapply untuk menjadi RA (lagi sekali) sekarang, under Dr yang sama, so far, kami sorang je student 4th yer yang bakal grad bulan 9 ni yang buat RA, dan RA kami akan tamat apabila kami daftar masuk untuk master nnt, and kami baru je check status master application kami, ianya In Review, sila doakan ye =)

to check your application status untuk master atau phd kat USM

hampir dua minggu rasanya kami tak update, minggu terakhir kami kat rumah, dan minggu pertama kami kat usm sorang2.

masa minggu terakhir kat rumah tuh, kami sedih sangat, kucing kami semua sakit2 dan mati, bermula dengan seekor kucin muntah muntah, wana HIJAU habaq hang! dia start muntah dari pagi, then malam tu masa nk bbuh dalam kandang, dia KURUS SANGAT!! giler seharian muntah tinggai tulang ja terus, pastu besok paginya, kami dah tak jumpa dia... kami assume dia dah mati sebab selalunya, kucing takkan mati dalam rumah, dia akan pergi jauh untuk mati :'(
 rest in peace... =(

bobi..... =(
malam keesokannya pulak bobi pulak dilanda penyakit kemuraman, dia duk diam jeh, dan abah kami cakap dia ada muntah muntah jugak, sebab bobi sakit, adik dia pon mula muram ( adik dia adalah babybu, babyblack, dan kecik, sebenarnya ada lagi satu, seri, tapi seri dah lama mati) keesokan harinya, bobi keluar dan tak balik lagi... sama jugak dengan babybu, dia keluar mengikut abang dia dan tak balik balik lagi... kami assume bobi dah mati, tapi babybu tuh, kami dan mama kami pasti, mesti dia kena culik, sebab dia sihat je, and mmg ramai org suka kat dia sebab dia mmg menarik untuk diculik! wahai penculik durjana! pulangkan!!! huh!

 babybu

lepas babybu hilang,esok tu baby pulak sakit sakit, baby ni memang kerap sakit dari dia kecik lagi, sebab tu lah umur dia sama dengan bobi, tapi saiz dia sama dengan babybu, kecik je, and sebab tu lah nama dia baby, dia sentiasa kecik, kecian baby, dia pon mati jugak, sedih sangat..
baby.. 

esok tu pulak, babyblack pulak mengikut jejak langkah kucinng2 yang laen, babyblack ni, before dia mati, dia duduk je dalam pancoq(bilik mandi), semalaman dia tidoq dalam pancoq, pagi tu adik kami mndi pon, dia duduk jugak dalam pancoq, slalunya kucing akan lari keluar kalau terkena air dalam pancoq, tapi dia tak, masuk tengah hari, kami masuk pancoq, tengok2 dia dah mati.. =(

 babyblack

malam babyblack mati, utih hilang, esoknya, kami jumpa dia kat luar rumah, tak larat nk jalan, setiap tempat diaduduk, pasti ada darah, kesian dia.. seharian dia macam tuh, merana kesakitan, makan minum semua takmau, then lepas tu dia pon sama jugak, mati.. =(

 utih

dalam seminggu, 5 ekor kucing kami mati dan satu hilang, sedihnya... semua menderita before mati, sakit apa ntah, mungkin tak tahan dengan cuaca sekarang, sebab kucing kami start mati masa cuaca kat penang menjadi sangat panas, banyak sumber yang cakap cuaca panas tu disebabkan taufan Aere yang melanda filipina. bukan salah kami kalau kucing kami mati sebab dehydrate, sebab kami dah taktau nk paksa mcm mana lagi suruh depa minum air, depa yang degil taknak, sekarang depa dah takdak.. =(

jika dicalculate, sekarang tinggal tam dengan 2 baby gemuknya, intan bersama 3 baby busuk nya, panjang, boboy, kecik dan mak panjang, owh.. tinggal 10 ekor kucing je kat rumah, itupon kalau takda yang hilang atau sakit sepanjang kami ada kat usm ni, yea, kami baru seminggu kat usm, tapi berdasarkan pengalaman, kucing boleh mati bila2 masa ja, maka bersedialah!   ~_____~






ps: sunyi sangat kat usm ni takdak kucing nk teman =( 




suka sunset!!

Monday, May 9, 2011 | |

encik afundee buat contest!!


memandangkan kami ada simpan koleksi sunset, maka saja nk trai join, hihi

gamba ni di snap di pasir panjang, balik pulau, penang, masa keluar berdua dengan mama kami, 4 tahun belajar di usm, selalu dengan kawan kawan ja, so masa cuti ni lah nk keluar jalan jalan dengan mama pulak.. ^_^



ini bukti gamba ini hak milik penuh kami, 
sekali dengan details if ada yg berminat dengan gamba mcm ni =)


kawan2, jum la join skali, contest ni end 11 may 2011

Pic of da day #33

Sunday, May 8, 2011 | |


Happy Mother's Day
=)

more Pic of da day here

Pic of da day #32

Saturday, May 7, 2011 | |

sangat lambat edisi pic of da day harini,
sbb merantau jauh hingga ke lata kinjang semata2 nk amik gambaq nih,
hahahah...tipujeh =p

@lata kinjang

more Pic of da day here

Pic of da day #31

Friday, May 6, 2011 | |

harini sangat sangat mati akal taktau nk tangkap gambaq apa
-_-''

the guitar...ist?
erm...apa apa jelah
zzzzzzz

more Pic of da day here

Pic of da day #30

Thursday, May 5, 2011 | |

koleksi hari ini :





bobi pon nk berakit jugak.. hahah


more Pic of da day here

flowers from cameroon

| |

 just wanna share sedikit gamba bunga yang sempat di snap semasa pengembaraan bersama geng pengembaraan cameron highland dulu =)







lebih banyak koleksi gambar bunga di cameron family outing part 1

^__^

it's tea time!!!

Wednesday, May 4, 2011 | |

sapa suka minum teh angkat tangan!!! *angkat tangan tinggi tinggi


sedikit info tentang teh

kebaikan minum teh
-dapat  membantu tubuh menentang serangan beberapa jenis barah
- befungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkir oksidasi LDL atau dikenali dengan kolestrol buruk.
-  meningkatkan imunisasi tubuh untuk melawan penyakit.
- Mengandungi antioksida.
- mengandungi fluorida yang peting dalam menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi.
- memberi khasiat membina dan menguatkan otot
-berupaya melambatkan proses penuaan.

semua ni dapat di sini

keburukan minum teh
-cari sendiri

hahhahaha :p


iklan teh lipton kejap =)

mother's day

Tuesday, May 3, 2011 | |

mother's day
2nd sunday in may ( 08 may 2011)
 nk buat ape eh?
jeng jeng jeng...

happy mother's day!!!
^___^



ps: kucin pon boleh sambut mothers day tau..

Pic of da day #29

| |

sunset @pasir panjang, balik pulau, penang


more Pic of da day here

Pic of da day #28

Monday, May 2, 2011 | |


isi masa lapang..
sesi menunggu sunset @ pasir panjang, balik pulau, penang


more Pic of da day here

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

Blog Archive