Stalker meng stalk!

Monday, August 29, 2011 | |

nak bg tau



habes apa orang buat semua dia kecoh2 kat situ
-_______-''

Senarai nama graduan konvokesyen USM ke 44

Tuesday, August 23, 2011 | |


nampak tak tu nampak tak!?
tak nmpak sila kelik bg besaq besaq sikit, haha

sukanya!!!

student usm yg bakal graduate bulan 9 ni boleh semak nama di SINI

reminder!
sila dtg bawak bunga besaq pada 24 september ni ya! ^_^

Kad Raya!

Monday, August 22, 2011 | |

ini kad raya untuk anda 
selamat hari raya!
^___^

ps: cuba kelik pada gamba dan buka pada new tab =)

Diari Ramadhan | Day 17

Wednesday, August 17, 2011 | |

17 Ramadhan 1432 Hijrah


nuzul quran =)

Pet Photography

Sunday, August 14, 2011 | |

Lama blog ni tak dihiasi dengan post tentang kucing kami kan?

heee =)

kali ni kami nk kenalkan korang semua dengan CICAK

^___^
















kami shot dalam RAW format, then edit dalam abobe bridge, bila tuka dlm jpeg jadi blur sikit, kualiti dia mcm kurang, tang mana silap eh? atau memang bila tuka format akan jadi camtu? tak best la cenggini... tak cantik... =(



ps: gamba ada yang mcm out of focus, sebab nk trai guna manual focus, cicak pulak tak reti nk duduk diam time tangkap gamba, banyak sungguh posing dia, heeee =D

Dah setahun bersama! hee =D

| |

yay!

14 ogos = anniversary antara kami dengan buah hati kesayangan encik nick!

hah! gelabah tak nk tau sapa encik nick?

jeng jeng jeng...

nama penuh dia ialah...

dup

dap

dup

dap

encik Nickhun bin Di Tigaribu..tadaaaa!




hahah! tipu ja, ni la encik nick kami yg betul :



=)




ps: tuan gamba, pinjam sat na =)

Diari Ramadhan | Day 14

| |

14 Ramadham 1432 Hijrah




berubah kepada yang lebih baik =)


Koleksi Diari Ramadhan  HERE

Pic of da day #39

Saturday, August 13, 2011 | |



more pic of the day here!

Diari Ramadhan | Day 11

Thursday, August 11, 2011 | |

11 Ramadhan 1432 Hijrah


kami tak boleh pergi jauh lagi *frust
untuk sesuatu yang lebih baik, kami harus menyerahkan yang lain.

abah kata, duit bila bila pon boleh cari, kalau ada rezeki tak kemana, kesihatan yang penting.


i'm surrender...tak sangka secepat ini  =(


Diari Ramadhan | Day 8

Monday, August 8, 2011 | |

8 ramadhan 1432 Hijrah

Harini berbual bual dengan abah di talifon, lama sudah tidak berbual dengan abah, semenjak mula puasa rasanya, alasan anak anak masa kini:
sibuk
banyak kerja
tak sempat


tak kan lah sekeping sms pon tak boleh? dengan kawan kawan boleh pulak bersms panjang berjela, zaman sekarang semua nak ada fesbuk, kelab itu fesbuk, kelab ini fesbuk, berita fesbuk, radio fesbuk, parti itu fesbuk, parti ini fesbuk, so apasalahnya guna fesbuk tu tanya kabar family?

ingat lah, siapapun kamu, tinggi manapun pelajaran kamu, dan tinggi manapun pangkat kamu, keluarga adalah yang paling penting,
(kamu mati nnt keluarg yg nak uruskan tau!)



sesi bersembang dengan abah akan disambung kemudian

ps: ini bukan membebel, tak elok membebel dibulan puasa, ini nasihat =)

Konvo potraiture for USM 2011

Friday, August 5, 2011 | |



sesiapa yang akan berkonvo pada bulan september ini dan mahukan gambar konvonya dipotraitkan sebagai kenangan, bolehlah menghubungi salah seorang daripada nama yang disenaraikan dibawah, mereka ini adlah jurugambar profesional yang sedia menangkap gambar anda during konvo nanti,

1. CMRatu Fogograhpy (muktasim.pm@gmail.com)
2. Nasir Zin (nasirzin@gmail.com)
3. Fine Creative Photography ( faizul@finecreative.net)
4. Photo Village Studio (photovillagestudio@yahoo.com) 
5. Azmie Ibrahim ( 012 5717091)

Sekian, terima kasih =)


Konvokesyen USM | Sidang | pengambilan jubah | raptai

Thursday, August 4, 2011 | |

yay! bulan semilan ni mmg BEST!, mula mula kita akan beraya, then kami akan berkonvo!

maklumat konvokesyen adalah seperti dibawah:

(MAKLUMAT RASMI AKAN DIPAPARKAN DILAMAN WEB USM DALAM MASA YANG TERDEKAT.
MAKLUMAT INI DISAMPAIKAN SEBAGAI PANDUAN UNTUK MEMBANTU GRADUAN DALAM MERANCANG PERJALANAN DAN MENYESUAIKANNYA DENGAN JADUAL TUGAS KERJA RASMI MASING-MASING)

Maklumat ini adalah berdasarkan statistik terbaru graduan serta tempat duduk yang terbatas di dalam DTSP selepas dibuat pengubahsuaian dalaman, maka kedudukan ijazah mengikut sidang Upacara Konvokesyen Ke-44 adalah seperti di bawah. Perubahan hanya berlaku kepada graduan Sidang Pertama dan Sidang Kedua. Manakala sidang-sidang lain adalah sama seperti mana kedudukan sebelum ini.  



Sidang Pertama, Rabu, 21 September 2011, 9.00 pagi
Pengerusi: D.Y.M.M. Tuanku Canselor
Ijazah Kehormat           
Doktor Falsafah           
Doktor Falsafah (Farmasi Klinikal)           
Doktor Pendidikan           
Sarjana Sains (Sains Gunaan)*           
Sarjana Farmasi (Farmasi Klinikal)            
Sarjana Sains (Tulen)*           
Sarjana Sains (Kejuruteraan)*           
Sarjana Sastera*                           
Sarjana Sastera           
Sarjana Sains (Sains Maklumat Geografi)           
Sarjana Sains (Bandar & Komuniti Lestari)           
Sarjana Kajian Antarabangsa dan
  Diplomasi (Kajian Eropah)                                     
Sarjana Kerja Sosial                       
Sarjana Pengurusan Ekonomi                                   
Sarjana Pentadbiran Awam           
Sarjana Pentadbiran Perniagaan                                     
Sarjana Komunikasi                       
Sarjana Sains Kemasyarakatan*           
Sarjana Sains Kemasyarakatan                       
Sarjana Sains (Kesihatan, Perubatan &                       
   Pergigian)*
Sarjana Sains (Kesihatan, Perubatan &                                   
   Pergigian)           
Sarjana Perubatan                                     
Sarjana Perubatan Masyarakat                                   
Sarjana Patologi                                    
Sarjana Surgeri                                   
Sarjana Kesihatan Awam           
Sarjana Kesihatan Awam
Pergigian                       

*Mod Penyelidikan                       



Sidang Kedua, Rabu, 21 September 2011, 3.30 ptg. 
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Dr. Jegathesan Manikavasagam
Sarjana Sains (Sains Gunaan)                       
Sarjana Sains                       
Sarjana Sains (Kejuruteraan)                       
Sarjana Instruksi Multimedia                                       
Sarjana Pendidikan                                   
Doktor Pergigian                       
Doktor Perubatan                       
SM Seni Bina           



Sidang Ketiga, Khamis, 22 September 2011, 9.00 pagi 
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Dr. Jegathesan Manikavasagam
SM Teknologi                       
SM Pengurusan                       
SM Pengurusan (UA)                       
SM Pengurusan (JJ)           
SM Perakaunan           



Sidang Keempat, Khamis, 22 September 2011, 3.00 petang 
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Dr. Jegathesan Manikavasagam
SM Sains Gunaan                       
SM Sains Kesihatan                       
SM Sains (Sains Forensik)                       
Diploma Kejururawatan                       



Sidang Kelima, Jumaat, 23 September 2011, 9.00 pagi  
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Dr. Jegathesan Manikavasagam
SM Seni Halus                       
SM Seni Muzik           
SM Sains Komputer                       
SM Sains Komputer (UA)           
SM Komunikasi           
SM Komunikasi (UA)           
SM Sains dengan Pendidikan           
SM Sains (PBP)             



Sidang Keenam, Jumaat, 23 September 2011, 3.30 petang
Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail
SM Farmasi                       
SM Farmasi (UA)           
SM Sains Kemasyarakatan                       
SM Sains Kemasyarakatan (JJ)                           
SM Sastera dengan Pendidikan           



Sidang Ketujuh, Sabtu, 24 September 2011, 9.00 pagi
Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail
SM Kejuruteraan           



Sidang Kelapan, Sabtu, 24 September 2011, 3.00 petang
Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail
SM Sastera                       
SM Sastera (JJ)           

Sidang Kesembilan, Ahad, 25 September 2011, 9.00 pagi
Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail
SM Sastera (Seni)            
SM Sains                        
SM Sains (JJ)           
SM Pendidikan  




MAKLUMAT TAMBAHAN:


1)  Jadual Pengambilan Pakaian Akademik (JUBAH, KALUNG DAN TOPI)   di Bilik Jubah Utama bawah Perpustakaan Hamzah Sendut seperti berikut:

Sabtu, 17 September 2011, 9.00 pagi - 5 ptg  - Graduan Sidang 1, 2 & 3
Ahad, 18 September 2011, 9.00 pagi - 5 ptg  - Graduan Sidang 4, 5 & 6
Ahad, 18 September 2011, 9.00 pagi  - 5.00 ptg - Graduan Sidang 7, 8 & 9

Walau bagaimana pun graduan boleh wakilkan kepada rakan atau orang lain untuk mengambilnya dengan memberikan surat wakil dan nyatakan ukur lilit kepala dan ketinggian. BOLEH JUGA DAPATKAN BORANG  DARI LAMAN WEB BERKENAAN ATAU SURAT YANG AKAN DIHANTAR. DISINI


2)  Pemulangan pakaian akademik  =>

Jadual untuk pemulangan pakaian akademik adalah seperti berikut:

Di Bilik Jubah Utama iaitu di bawah Perpustakaan Hamzah Sendut I, Kampus Induk:
 

21 Sept. 2011 (Rabu)
3:00 petang –   5.30 petang

22 - 25 Sept. 2011 (Khamis - Ahad)

9.00 pagi       –   5.30 petang

26 - 29 Sept. 2011 (Isnin – Khamis)
9.00 pagi       – 12.00 tengahari
2.00 petang   –   4.30 petang

30 Sept. 2011 (Jumaat)
9.00 pagi       – 12.00 tengahari
3.00 petang   –   4.30 petang

1 - 6 Okt. 2011 (Sabtu – Khamis)
9.00 pagi       – 12.00 tengahari
2.00 petang   –   4.30 petang

7 Okt. 2011 (Jumaat)
9.00 pagi       – 12.00 tengahari
3.00 petang   –   4.30 petang

8 - 9 Okt. 2011 (Sabtu - Ahad)
9.00 pagi       – 12.00 tengahari
2.00 petang   –   4.30 petang


· Pemulangan lewat pakaian akademik bermula pada 10 Okt. 2011  adalah di pejabat Bahagian Perkhidmatan Kemudahan Pusat – Teknologi Maklumat, Pejabat Pendaftar, Aras 2, Bangunan Canselori, pada waktu pejabat.

· Bayaran denda kerana lewat memulangkan pakaian akademik akan dikenakan mulai 10 Okt. 2011 (Isnin) dengan kadar bayarannya adalah RM20.00 bagi setiap hari..


3)  Raptai akan diadakan pada hari Selasa,  20 September 2011, jam 9.00 pagi - 10.30 pagi untuk Graduan Sidang 1, 2, 3; manakala untuk Graduan Sidang 4,5 & 6 akan diadakan mulai jam 11.30 pagi - 1.00 tgh. Raptai untuk graduan Sidang 7, 8 & 9 akan diadakan pada hari Jumaat, 23 September 2011, mulai jam 8.30 malam. Semua raptai akan diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM.

4)  Semua raptai akan diadakan serentak bersama-sama Dekan-dekan yang memperkenalkan ijazah dan Pembawa Cokmar.

5)  Untuk menyemak senarai graduan boleh hubungi Unit Peperiksaan, Jabatan Pendaftar - 046533479/3123/3909/3077. Emel: Roslan_i@usm.my; abdhadi@usm.my

6)   Untuk pakaian akademik, graduan boleh hubungi Bahagian Perkhidmatan Kemudahan Pusat, Jabatan Pendaftar- 04 6533197/3287/3127/4242.  Emel: ramlimehat@usm.my

7)  Untuk pertanyaan tentang yuran dan bayaran-bayaran yang berkaitan, hubungi Seksyen Hasil & Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari - 04 6533132/ 4133/4182. Emel:  rafizal@usm.my; mu’izz@usm.my


sumber:En. Mohamad Abdullah

ps: kami punya konvo ari sabtu, sidang ke tujuh, mai tau! =)


^______^

Tazkirah ramadhan

Wednesday, August 3, 2011 | |

pernah dengar Aiman Azlan?

sebelum ni dia hanya memberikan nasihat berguna melalui channelnya di youtube



sekarang sudah berjinak jinak dalam memberikan talk dihadapan orang ramai, hebat!



*clap clap clap =)

Wordless Wednesday #6

| |




Diari Ramadhan | Day 2

Tuesday, August 2, 2011 | |

2 Ramadhan 1432 Hijrah

4.52AM,
tidur diganggu henfon yang rancak menyanyikan lagu Adam Lambert- If I had You, tengok pada skrin,


mama rupanya,

"Helo, dah bangun sahur belum?"


......


selepas beberapa minit berbual dipagi hari, talifon dimatikan,
"bestnya tidoq....5 minit lagi lah", hati berkata. mata dilelapkan

selepas 10 minit,

"panas pulak rasa, ni mesti sebab suruh bangun saho ni"

turun dari katil, kaki melangkah laju ke meja study, leptop dah tersedia dimeja, tak tutup seharian, membazir di bulan puasa, sunguh tak bagus, tangan mencapai mouse dah mengscrol dengan pantas,dengan muka tak basuh, mata yang masih kabur itu laju membaca update di fesbuk, ntah apa yang bestnya, ya tiada apa yang best, terus keluar ke tandas untuk membasuh muka, kemudian duduk lagi mengadap leptop kesayangan, kalini membaca email email dari tiga akaun yang sedia ada, kot kot ada yang penting dan mahu jawapan segera, tiada

menoleh ke katil, "bestnya kalau tido balik, awal lagi ni", terus kaki terdorong berjalan kearah katil, kepala diletakkan di atas bantal, "eh, niat bangun nk saho tadi", terus bangun sepantas kilat mencapai botol biru berisi air disisi katil

*Glup glup!
2 saat, oke, sambung tido

.........

8:13AM

capai henset di sisi bantal

Dokte, saya nk cuti rini bole? nk angkat brg masuk rumah, saya x duk asrama dah pasni...

8:14AM

treett! *bunyi ala2 cengkerek

ok


......

 12:47PM

barang barang dah siap berkemas, ada dalam kotak, ada dalam beg, ada juga dalam baldi,

henset menyanyikan lagu Adam Lambert- If I Had You, otak terus dapat menangkap, family yang menalifon,

tengok skrin

"Hello, abah dah sampai ni"

..........

selepas hampir 2 jam


semua barang siap diangkat dari bilik asrama ke rumah,sangat letih mengngkat barang barang dibulan puasa, tekak terasa haus,


dapat ini pon oke jugak!

heeee =D

selamat berpuasa semua! ^_^

..........................

diari ramadhan yang lain disini

Diari Ramadhan | Day 1

Monday, August 1, 2011 | |

1 Ramadhan 1432 Hijrah,

Jam dileptop menunjukkan pukul 5:45PM, otak ligat berfikir juadah apakah yang hendak dibeli untuk berbuka, mujur harini cuti dari kerja part time, sambil itu tangan ligat mengscrol page di fesbuk, melihat update dari kawan kawan di homepage, ada yang manarik boleh la dikomenkan sekali.

15 minit masa berlalu, masih belum dapat kata putus juadah berbuka, otak sudah malas berfikir, kaki berjalan ke lokar baju dah bersiap2 untuk keluar kebazar. 

seminit, SIAP!

tengok cermin baru yang besar gedabak di dinding, oke lah ni, tengok muka, bedak? takpayah lah, bukan ada org yang kenal, tangan mencapai helmet merah di atas rak dan kunci moto di atas meja, pakai kasut biru yang  makin koto tak basuh,terus bergerak ke moto biru dan.....

perjalanan dimulakan dengan kelajuan 20km/j sambil otak pula berfikir secara santai, nk beli kat mana ni? selalu bazar dimana ya? tak sampai setahun ramadhan pergi, dah lupa dimana tempat yang selalu cari makan untuk berbuka, ish ish ish...*geleng pala* itulah, selalu takpernah pegi sendirian, selalu ada ja kawan yang teman, kadang kadang ain, kadang kadang kawan satu kelas, kadang kadang dengan roomate, teringat pula kat depa, taun ni depa pergi bazar dengan sapa ya?

.........

moto melepasi Taman Pekaka melalui jalan besar, mata dikerlingkan ke kawasan pasar malam, *eh takdak pon orang ramai ramai* oo..bukan disini lah bazar. 

perjalanan diteruskan lagi dengan kelajuan yang sama ke kawasan pekan lama parit buntaq, mata melilau untuk mencari kot kot ada termanpak gerombolan manusia membeli juadah berbuka, namun hampa, tiada disitu.

takpa, kelajuan moto masih sama, sambil otak berfikir santai, *hah! taman kat parit buntaq tuh! yang kat belakang tuh!* oke, tempat dah diketahui, kelajuan motor ditambahkan dengan harapan makanan tidak habis!  alamak traffic light pulak, hah! HIJAU! pecuuttt~ lepas traffic light, kona kanan dan.....

aik? mana p bazar? mana p semua orang??

kelajuan moto diperlahankan semula, sambil mata melilau dengan harapan ada ternampak orang membeli makanan berbuka, habis satu taman tawaf, hampa....tiada bazar disitu...

kepelikan tiba tiba muncul, tahun ni takda bazar kah? peniaga peniaga mogok kah sebab ada orang yang meminta TESCO dan pawagam dibuka di parit buntar? ataupon semuanya sudah habis dijual???

otak ligat berfikir, kalini tidak santai lagi, dah dekat setengah jam ni, satu hasil pon tak dapat lagi, ini tak boleh jadi.

kelajuan moto bertambah, keluar dari kawasan taman dan U-Turn ke kawasan Billion parit buntar, dua hari lepas nmpak ada khemah disitu, hati berharap ada orang yang menjual juadah berbuka,...juga hampa, hati bermonolog sendirian, "takdak orang yang nk berbuka ka hari ni?"

selepas dikecewakan beberapa kali, hati ini membuat keputusan untuk balik dan makan ja apa yang ada dibilik. tapi kalini masih mahu mencuba nasib dengan balik menggunakan jalan belakang (jalan bandar baru), sampai di simpang, *alamak! awat jem ni?* nasib baik masih terer untuk mencilok cilok menggunakan moto biru itu, sambil mencilok, mata mengerling apa yang ada didepan, lantas senyuman terukir, "yahuuu!! ada bazar! patut la jem!HAHAHHAHA" *dalam hati saja* terus mata melilau mencari parking...

selesai parking, mata melihat kearah bazar, yaAllah...besaqnya bazar....banyak gila lah kedai, patut la kat tempat laen semua dah takdak!

oke, kaki berjalan masuk ke kawasan bazar dan otak sambung berfikir juadah yang hendak dibeli untuk berbuka.

satu kedai ke satu kedai, dah melepasi 20 buah kedai, satu pon tiada lagi ditangan, otak berfikir lagi

kaki berjalan perlahan, mata melihat lihat kiri dan kanan, sambil hidung menghidu kot kot terbau makanan yang sedap dan menarik hati

20 minit berjalan melepasi 8 deret kedai makan *8 ke 9 eh? tak kira pon tadi, agak agak jelah* 3 bungkus beg plastik berisi makanan lekat ditangan, hati dah puas, masa untuk balik

moto bibawa perlahan kearah USM, otak masih berfikir lagi, itu aje yang dibeli?

sampai dibilik, beberapa minit lagi masa untuk berbuka, hidangkan makanan didalam pinggan dan..


ya, memang ini ja yang dibeli, satu bungkus lagi air, satu lagi buah, maka jadilah tiga bungkus makanan tadi.

T_T 


Selamat berpuasa semua =)

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

Blog Archive