Lagu baru yuna?

Saturday, December 24, 2011 | |

Yuna ada lagu baru!
tapi....belum ada tajuk, then dia ada buat mcm satu segmen untuk peminat dia menamakan lagu baru dia tu, sapa nak join boleh pergi ke laman web yang HOTLINK BUAT NI




disini boleh DENGAR lagu baru yuna *sila tekan MENU di sebelah kiri page untuk mendengar lagu
then boleh masuk pertandingan untuk menamakan lagu baru dia, then kalau rasa nk participate dalam dia punya vidiyo kelip pon boleh... =D

kami dah suggest, anda bila lagi? =)


ps: pengguna maxis boleh donlod lagu baru yuna di Music Unlimited

Ideal ke tak?

Friday, December 23, 2011 | |

ye,korang ideal ke tak? bukan pasai pasangan ideal ataupon susu cair cap ideal tu ya, ini adalah tentang Dhia, eh! ini tentang berat!

sesetengah orang ni sensitip siket kalau nk cerita pasai berat nih, yelah kan bab berat je ada yang rasa rendah diri lah, malu lah, dia gemok lah, dia tak cantik lah, *ada kaitan dgn cantik tak? 

tapi tahu tak, berat yang sesuai dengan ketinggian adalah AMAT PENTING supaya korang TAK berisiko untuk terdedah dengan penyakit2 yang tak diingini, dan tahu tak Kementerian Kesihatan Malaysia ada buat satu kempen Cara Hidup Sihat, pegi je ke laman web CARA HIDUP SIHAT ni dan macam2 ada kat situ.

satu yang menerik di laman web tu adalah kalkulator BMI, cuba la trai test tengok =D


ini result kami punya:

SANGAT UNGGUL! hampa ada ka? hew hew hew *gelak bangga tp mcm nk kontrol sikit
itupon dia suruh kurangkan lg 1kg, ffuuuuuuuuu...tak larat nk diet..


ada lg satu yang menarik! dia siap bg resipi habaq hang...hahahah...boleh la nk trai2 masak.. ngeh ngeh

smoked salmon crostini
*bila ntah nk masak =D

selamat mengamalkan CARA HIDUP SIHAT yaw!

Photoshoot | Hazwan

Tuesday, December 20, 2011 | |

Entry ni sambungan dari entry Photoshoot Session











c&c are most welcome =)

Photoshoot session

Monday, December 19, 2011 | |



gambar selebihnya sila tunggu di episode akan datang ya =)

Pasta | Spaghetti

Saturday, December 17, 2011 | |








ps: baru kami tau betapa banyaknya jenis jenis pasta =)





Bokeh

Friday, December 16, 2011 | |

taknak cakap banyak, bukan korang nk baca pon kan =)









ps: buah tangan daripada memandu dalam ujan =)







Muka baru facebook!??

Thursday, December 15, 2011 | |




bila start ada benda ni ha?

A method to stop the rain

| |

click on the image for a better view =)

Puncak Mutiarea Cafe, Kg Pelet

Saturday, December 3, 2011 | |

Last Thursday kami ngan housemate kami p dinner kat Puncak Mutiara Cafe, di Kg Pelet. Agenda asalnya adalah untuk celebrate birthday sorang hausemate kami yang jatuh pada hari sebelumnya, ecah.


Puncak Mutiara Cafe ni terkenal dengan makanan dia yang terdiri daripada berbagai bagai jenis daging, ada daging kambing, daging rusa, daging arnab,dan lain lain. Yang special nya cafe ni adalah, daging daging ni semua datang fresh dari kandang yang terdapat dibahagian belakang cafe. Pengunjung ke cafe ni juga boleh melihat dan mengambil gambar dengan binatang binatang tu. PERINGATAN, kalau nak ambil gambar, sila datang pada siang hari =)

ni ada beberapa keping gambar yang sempat diambil :
housemate kami yang berposing di pintu masuk Puncak Mutiara Cafe
*birthday girl bertudung ijau =)






 ini cendawan mutiara, nama nak sedap kan..padahal cendawan goreng tepong =)
cendawan dia sedap dan besaq besaq


 ini menu pilihan kami, nasi beriani peha kambing
daging kambing dia lemmmbutttt sangat!! 
kuah dia kurang menarik minat kami,so kami rasa satu sudu je kuah dia,
tapi ayaq asam dia sangat sedap! 
dan......pedas sikit
kami tak tahan makan makanan yang pedas, tapi disebabkan kesedapan dia, kami makan jugak sampai kami rasa ada asap keluaq kot telinga


ini daging kambing masala kalau tak silap, 
kuah dia sedap, seriously! 
kami makan kuah masala ni dengan nasi beriani, masuk jugak tau! =)


 ini nasi dot dot dot dengan sate
*dot dot dot tu bukan nama dia, dot dot dot tu maknanya kami tak ingat nama dia, heee =D
sate dia tak liat okay! sedapppp...

 ini ais kacang
besaq tak hingat!


 ini mixed grill
mixed grill ni ada campuran danging daging yang available di cafe tu
daging yang ada dalam mixed grill ni adalah daging kambing, daging arnab, daging rusa dan daging ostrich
antara semua daging daging yang disebutkan, daging ostrich paling sedap!


dan ada lagi satu menu, chiken maryland, yang ni kami tak sempat nk snap, heeee=D

cerita pasai makan , ayaq tak cerita pon kan? hahaha
untuk air, takperlu risau, semua air disitu sedap! walaupon ada nama pelik pelik, tapi jangan takut untuk mencuba =)

ha! disini pon boleh cuba minum air susu kambing, fresh dari ladng okey! =D

ini buah tangan dari Puncak Mutiara Cafe



tu saja cerita tentang Puncak Mutiara Cafe kami.

Sekian terima kasih

ps: kepada sesiapa yang suka jalan jalan cari makan, boleh la cuba, tak rugi tau! ^_^
ps2: boleh baca cerita dari housemate kami juga di SINI



dapat hadiah dari Kao!!

| |

Serious!???

yup!
kami sampai rumah tadi, abah bagi tau ada surat, kami pon tengok la..



wow! ada 'benda' dalam sampul surat tu!
tengok sampul ada alamat KAO malaysia, dah dapat agak dah, mesti 'benda tu'

dengan sabar bukak sampul surat daannn.....


ya! betul! tepat skali tekaan kami, ianya makeup removal!

camna kami boleh dapat ni?

okay, ritu kami ada join satu giveaway di blog cerita suka suki, dan kami salah seorang peserta yang tepilih untuk dapat Biore Makeup Removal secara PERCUMA! dan sbb tu lah kami dapat niii... heee =D

tapi kami sedih, sebab ini:

botol dia kemekkkk =(


apa apa pon, terima kasih KAO malaysia dan Salhah*tuan blog cerita suka suki

^_^


Nuffnang yang nervous

Friday, December 2, 2011 | |

Kami start blogging dari tahun 2009, mula mula dulu ikot ja apa blogger lain buat, orang masuk itu, kami masuk, orang masuk ini, kami pon masuk, orang bubuh Nuffnang, kami pon bubuh Nuffnang, tapi taktau pon apa fungsi dia. *kesian.

hari demi hari, bulan berganti bulan, kami mula belajar sikit sikit dalam dunia blog, tapi masih tidak hiraukan langsung Nuffnang, kami ada baca tentang orang berjaya buat duit hanya dengan berblog, kami pon ada blog, tapi kami tak yakin yang kami boleh dapat income dari blog, sampaikan akaun Nuffnang pon dah lupa password! *kesian lagi

Tiba tiba satu hari kami teringin nak tengok apa dah jadi dekat akaun kami, kami pon bukak, dan....suprise! ada duit didalamnya! walaupon hanya beberapa puloh sen! tapi kalau lama lagi for sure akan bertambah jadi banyak!*excited

tapi seperti yang dikatakan, kami tak yakin sangat untuk menjana pendapatan melalui blog, maka kami pon biar je dia masuk sendiri, kami tak promote giler giler pon macam blogger tegar yang lain, sebab tujuan kami buat blog hanya untuk syer apa yang kami rasa boleh syer =) *senyum lama lama

dan harini, selepas 3 tahun berblog secara bermalas malasan, akaun Nuffnang kami dengan malasnya telah mengumpul RM49.90 didalamnya. hahahahahhaha*gelak cover malu

tengok nilai tu,tertunggu tunggu bila dia nk cukupkan RM50.00, rasa nerbes tak hingat, macam tunggu jawapan untuk terima lamaran! eh! heeee =D



RM0.10 je lagi =)




oke tu ja nak bagi tau, terima kasih Nuffnang.

sekian terima kasih,


yang benar,
wani  =D



ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers