Kalau dah jodoh

Saturday, February 4, 2012 | |

Entry ini sambungan dari entry PUTIH

Baru dua minggu kami tinggal berdua dengan dia, dan dia baru hilang satu hari, itu sudah mampu membuatkan kami menitiskan air mata..

satu malam tanpa dia dirumah, membuatkan fikiran kami bercelaru, fikirkan dia, mana dia p, dia makan ka, dia dlm bahaya ka, dia sihat ka, dia marahkan kami ka, dia merajuk ka, dia dah jumpa orang lain ka, sampai hati tinggalkan kami...

hilang dia, rasa macam hilang sesuatu yang amat berharga buat kami, air mata mengalir seniri, menangis macam kawan kami yang kecewa putus cinta

kami pernah kata, siapa yang putus cinta then menangis meraung dan berkata dia tak dapat teruskan kehidupan tanpa kekasih hati, dia adalah seorang yang bodoh, sebab berkata kata dan buat keputusan tanpa berfikir panjang, sebelum dia berkenalan dengan kekasih dia, macam mana dia teruskan kehidupan? boleh ja hidup sampailah diorang berjumpa, sihat walafiat ja, bila dah jumpa terus takboleh berpisah *konon*, bila perkara ni terjadi dekat kami, baru kami faham, kekasih yang sedang kecewa dan tak dapat teruskan kehidupan itu bukanlah bodoh, dia cuma tidak waras buat seketika, sebab dia dalam keadaan yang sedih, sedih dengan apa yang terjadi, sedih mengingatkan kenangan kenangan yang lalu, sedih kerana tiada orang yang akan menggembirakan dia lepas ni, bila perasaan ini tak terkawal, dia akan beranggapan dia tidak akan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, sebab tu lah orang yang kecewa selalu berkata begitu. Ya kami sedih waktu kehilangan dia, mengeluarkan air mata, tapi Alhamdulillah kami masih waras, kerana tak salah untuk bersedih dah menangis, cuma janganlah sehingga perasaan itu mendominasi diri, kami dapat teruskan kehidupan seperti biasa, cuma tanpa dia...

Sebelum mengahkiri hari yang sedih itu, kami berkata kata pada diri, KALAU ADA JODOH, kami akan berjumpa dia lagi..orang ada berkata, kalau kita mencintai seseorang, lepaskan dia pergi, kalau dia jodoh kita, dia akan kembali.. dalam kisah kami ni, tidak lah sampai tahap memcintai, hanya SAYANG =)

Pagi keesokannya kami menjalankan rutin harian seperti biasa, cuma tak perlu sediakan makan untuk dia, yang lain masih sama, pergi sekolah, masuk lab, buat analysis, tulis tulis tulis, pergi situ, buat ini, sampailah waktu lunch, amik kunci, pakai helmet, start moto, dan balik rumah , yup, kami kalau sorang sorang kami suka makan kat rumah, lebih selesa dan dekat jeh pon... =)

Sampai dirumah, kami terdengar seperti suara dia memanggil kami, hati berdebar debar, dia kah? atau hanya ilusi kami? tergerak hati untuk mengenguk ke luar pagar, tak salah kalau hanya melihat.. dan ya! dia ada di seberang jalan! bukan ilusi, ini realiti! kami pangil dia, "PUTIHHHH~" dia berlari melintas jalan dan terus masuk kerumah berlari2 kearah dapur, lapar agaknya =)

Alhamdulillah...itulah orang cakap, KALAU ADA JODOH, pasti akan berjumpa lagi =)

itulah Kisah Putih 






ps: putih dah selamat balik penang
ps2: terima kasih dekat kawan yang sudi mententeramkan hati sewaktu sedih

0 0 org berkata kata:

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers