Visit Singapore | Melawat singapura

Monday, February 27, 2012 | |

Last week kami tak sempat post apa2 entry, sebab kami takda di Malaysia, kami p mana???

kami ke Singapore =)

Tujuan asal kami ke singapore adalah untuk menghadiri 14th Asia Pacific confederation of chemical engineering, atau lebih dikenali dengan nama APCChe, orang orang yang lama berkecimpung dalam bidang chemical engineering akan  familiar dengan apcche ni, so kami ke singapore sebab ada conference, bahasa mudahnya, kami kesana untuk pembentangan.

Kami berpeluang ke singapore untuk kali ke dua sepanjang 23 tahun 9 bulan kami menumpang di muka bumi ini, kali pertama time kami kecik2 lagi, kami pon taktau apa perasaan kami pergi negara orang waktu tu, kami hanya tau melalui gambar2 yang diambil mama ngan abah kami ja,so boleh kira skali tak? hewhewhew =D

Personally, Singapore sebuah negara yang sangat selamat, cantik, teratur, bersih dan orang orang disana sangat berbudi bahasa dan baik hati. sebab apa kami cakap sangat selamat? korang kena p sendiri ke singapore dan rasakan perasaan 'selamat' tu, kami jalan2 di singapore seorang diri, dan kami tak rasa curiga atau takut atau yang sewaktu dengannya, kerana mereka sangat 'menjaga' orang luar yang datang ke singapore, tambah2 pulak perempuan (mcm kami, hihi perasan jap).

Banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi di singapore ni, seperti chinatown (shopping buah tangan), bugis street (shopping buah tangan jugak), little india (shopping sayoq),clark quay (view malam cantik), marina bay sand (malam sangat happening sampai pening), singapore flyer (buleh tengok satu singapore), esplanade (kalau bertuah, boleh jmpa artis), merlion (mcm tugu negara singapore, p singapore takda gambaq ni tak sah), sentosa island (tempat banyak habis duit), dan lain lain lagi, disana juga terdapat SANGAT BANYAK shopping center, di kebanyakan perhentian MRT terdapat shopping complex dan ianya adalah sangat besar. 

Bagi Photomaniac mcm kami ni, yang jenis kemana2 pon nk bawa kamira, sila bawa tripod anda sekali, sebab di sana kehidupan malam adalah sangat meriah, dan terdapat banyak juga tempat menarik diwaktu malam.

antara tempat wajib pergi oleh photomaniac di waktu mlm:

1. Marina Bay Sand : terdapat pertunjukan 'song of the sea' setiap malam pada jam 8pm, dan 9.30pm, dan pertunjukan tambahan pada 11.30pm setiap weekend.

2. Clarke Quay : bersebelahan dengan Riverside Point, osem place untuk tangkap gambar

3. Esplanade: dekat dengan city hall, tempat shopping dan view mlm cantik (luar esplanade)

4. Merlion: singa besar yg keluarkan air dimulut tu nama dia merlion, bersebelahan Esplanade, jika naik MRT, turun di stesyen Esplanade dan berjalan keluar, korang dpt lihat Merlion di belah kiri esplanade, di hadapan the fullerton hotel. kroang dapat tengok persembahan 'song of the sea' di marina bay sand dari sini juga =)

5. ArtScience museum: di hadapan Marina bay sands

6. Chinatown: banyak sangat tanglung merah yg digantung dan ini menjadikan suasana malam disana meriah! boleh jugak shopin baju I luv singapore =)

ermmm...yang lain kami tak dpt ingat dah, tapi mmg SANGAT BANYAK! kami p 4 hari pon tak habis jalan, yerlah, jalan sorang, suka hati ja nk p memana, pastu dah dpt tempat cantik macam kat marina bay sand tu, melekat mcm takleh p tempat lain dah, camna lah nk sempat pusing perabis, ngahahha... *gelak tak sopan* =D

kenapa kami bg senarai waktu mlm ja? sebabbbbb...waktu siang hampa p la mana pon, semua best!! =D

sekali lagi REMAINDER, sila bawa tripod anda jika ke singapore!!! kami tak bawak, so kebanyakan gambar yang diambil tak memuaskan hati, sedih sangat, mcm nk balik amik tripod pastu p singapore balik, hewhewhew, berangan!

Okay stakat ni ja membebel, ni ada buah tangan untuk semua dari singapore:

Singapore Flyer (yg bulat tu) , ArtScience museum (yang mcm bunga warna putih tu) and Marina Bay Sand (yg mcm kapal tu adalah casino) view from Merlion

p prin buat poskad, hahaha =D

0 0 org berkata kata:

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers