Anda mampu megubahnya

Tuesday, February 28, 2012 | |



=)



Visit Singapore | Melawat singapura

Monday, February 27, 2012 | |

Last week kami tak sempat post apa2 entry, sebab kami takda di Malaysia, kami p mana???

kami ke Singapore =)

Tujuan asal kami ke singapore adalah untuk menghadiri 14th Asia Pacific confederation of chemical engineering, atau lebih dikenali dengan nama APCChe, orang orang yang lama berkecimpung dalam bidang chemical engineering akan  familiar dengan apcche ni, so kami ke singapore sebab ada conference, bahasa mudahnya, kami kesana untuk pembentangan.

Kami berpeluang ke singapore untuk kali ke dua sepanjang 23 tahun 9 bulan kami menumpang di muka bumi ini, kali pertama time kami kecik2 lagi, kami pon taktau apa perasaan kami pergi negara orang waktu tu, kami hanya tau melalui gambar2 yang diambil mama ngan abah kami ja,so boleh kira skali tak? hewhewhew =D

Personally, Singapore sebuah negara yang sangat selamat, cantik, teratur, bersih dan orang orang disana sangat berbudi bahasa dan baik hati. sebab apa kami cakap sangat selamat? korang kena p sendiri ke singapore dan rasakan perasaan 'selamat' tu, kami jalan2 di singapore seorang diri, dan kami tak rasa curiga atau takut atau yang sewaktu dengannya, kerana mereka sangat 'menjaga' orang luar yang datang ke singapore, tambah2 pulak perempuan (mcm kami, hihi perasan jap).

Banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi di singapore ni, seperti chinatown (shopping buah tangan), bugis street (shopping buah tangan jugak), little india (shopping sayoq),clark quay (view malam cantik), marina bay sand (malam sangat happening sampai pening), singapore flyer (buleh tengok satu singapore), esplanade (kalau bertuah, boleh jmpa artis), merlion (mcm tugu negara singapore, p singapore takda gambaq ni tak sah), sentosa island (tempat banyak habis duit), dan lain lain lagi, disana juga terdapat SANGAT BANYAK shopping center, di kebanyakan perhentian MRT terdapat shopping complex dan ianya adalah sangat besar. 

Bagi Photomaniac mcm kami ni, yang jenis kemana2 pon nk bawa kamira, sila bawa tripod anda sekali, sebab di sana kehidupan malam adalah sangat meriah, dan terdapat banyak juga tempat menarik diwaktu malam.

antara tempat wajib pergi oleh photomaniac di waktu mlm:

1. Marina Bay Sand : terdapat pertunjukan 'song of the sea' setiap malam pada jam 8pm, dan 9.30pm, dan pertunjukan tambahan pada 11.30pm setiap weekend.

2. Clarke Quay : bersebelahan dengan Riverside Point, osem place untuk tangkap gambar

3. Esplanade: dekat dengan city hall, tempat shopping dan view mlm cantik (luar esplanade)

4. Merlion: singa besar yg keluarkan air dimulut tu nama dia merlion, bersebelahan Esplanade, jika naik MRT, turun di stesyen Esplanade dan berjalan keluar, korang dpt lihat Merlion di belah kiri esplanade, di hadapan the fullerton hotel. kroang dapat tengok persembahan 'song of the sea' di marina bay sand dari sini juga =)

5. ArtScience museum: di hadapan Marina bay sands

6. Chinatown: banyak sangat tanglung merah yg digantung dan ini menjadikan suasana malam disana meriah! boleh jugak shopin baju I luv singapore =)

ermmm...yang lain kami tak dpt ingat dah, tapi mmg SANGAT BANYAK! kami p 4 hari pon tak habis jalan, yerlah, jalan sorang, suka hati ja nk p memana, pastu dah dpt tempat cantik macam kat marina bay sand tu, melekat mcm takleh p tempat lain dah, camna lah nk sempat pusing perabis, ngahahha... *gelak tak sopan* =D

kenapa kami bg senarai waktu mlm ja? sebabbbbb...waktu siang hampa p la mana pon, semua best!! =D

sekali lagi REMAINDER, sila bawa tripod anda jika ke singapore!!! kami tak bawak, so kebanyakan gambar yang diambil tak memuaskan hati, sedih sangat, mcm nk balik amik tripod pastu p singapore balik, hewhewhew, berangan!

Okay stakat ni ja membebel, ni ada buah tangan untuk semua dari singapore:

Singapore Flyer (yg bulat tu) , ArtScience museum (yang mcm bunga warna putih tu) and Marina Bay Sand (yg mcm kapal tu adalah casino) view from Merlion

p prin buat poskad, hahaha =D

Tahukah anda? | Cool Blog

| |

Tahukah anda, minuman kegemaran ramai penduduk malaysia masa kini semasa berjalan2 di shopping kompleks tu, Cool Blog tu, berasal dari Singapore, ianya telah di perkenalkan di Singapore pada tahun 2005

kenapa nama dia 'Blog'?
menurut seorang pekerja Cool Blog di Kulim, 'blog' tu adalah bubble2 bulat hitam yang dibubuh dalam kebanyakan minuman disitu, sesetengah orang memanggil 'blog' tu dengan nama 'pearl'.

Berminat nk buat bisnes Cool Blog?
pergi je ke laman web Cool Blog =)

kenapa kami promote nih?
sajjaaa laaaaa....hewhewhew

Bubble ni bukan Blog, mahupon Cool Blog, Sekian...

Tahukan Anda? | Cermin Mata

Monday, February 20, 2012 | |

Tahukah anda?
cermin mata yg disimpan di dalam kenderaan (kereta, van, lori dan sewaktu dengannya) akan mudah rosak, cermin nya akan retak seribu tanpa dapat diperasankan oleh mata kasar. perasan? yup, tepat sekali.

walaupon anda hanya guna time memandu diwaktu malam dan diwaktu siang yang panasnya lit lit *sebab silau*, sila jgn simpan dlm kereta, sebabnya:

kami mengalaminya sendiri, kalau tengok fizikalnya macam elok, cermin tak da calar balar, mcm dibawah ni:



tapi bila zoom in:


cermin nmpak mcm bercalar balar dan retak seribu, bila pakai pon rasa ganggu, eh mcm pantun


mungkin bila simpan spek dlm kereta di waktu siang yang panasnya lit lit bagaikan di gurun sahara, berlakunya heat transfer yang berlebihan antara udara luar kereta ke dlm kereta dan terus ke cermin spek itu. Bila owner kereta masuk ke kereta yg panas,probability untuk ownernya menggunakan aircond adalah sangat tinggi, 99 orang dari 100 orang akan memandu menggunakan aircond sewaktu cuaca panas, 1 orang yg tak menggunakannya tu mesti aircond dia rosak, terpaksa pakai angin luar ja, sambung balik, dari keadaan dalan kereta yg panas tu tadi terus bertukar menjadi sejuk, cermin itu mengalami kejutan, shock, lebih kurang mcm quenching process,  pengembangan yg berlaku tiba tiba terhenti dan berlakulah crack kecil kecilan yang mcm scratches tu, lama kelamaan scratches tu pon bermaharaja lela dan tuan punya spek pon takleh nk tengok pakai spek dah...


orang kedai spek pon pesan, 'jgn simpan spek dlm kereta ya dik' =)


ps: lani bawak kereta siang hari boleh beghayaq mata


JOM SSS with bro ijam

Monday, February 6, 2012 | |

what is SSS?
SSS ialah Slow Shutter Speed

Ini 1st time kami join kelas photography,  dianjurkan oleh photographer Noorizam Sabran aka bro ijam, kelas ni tak formal, suka suka dan banyak informasi tentang slow shutter yang kami pelajari, thank you very much bro ijam =)

 ini gambar cikgu ijam yang sedang mengajar
sempoi, peramah dan mesra, tanya ja pape yang taktau, pasti akan dijawapnya =)


 ini hasil anak muridnya aka kami punya lah

ISO 100 
15sec
18mm
F/22
with ND filter




dan ini buah tangan dari kami sebab kami p awal ditempat kejadian
sunrise =)
*oke tak cantik pon =(


terima kasih pada bro ijam, kawan kawan baru dan semua yang terlibat secara tak langsung, parallel atau sesiri, kalau terjumpa, sila lah tegur, kalau ada sumur diladang, tak mandi lagi boleh la tumpang, kalau nk outing, boleh la pelawa, hew hew hew =D

bye ^_^

The power of editing

| |



BEFORE

eearrgghhh..... >_<

right click

open with

adobe photoshop

brightness

curve

save


AFTER

okay done

can sleep now 






ps: ada kelas esok, slamat malam =)

Kalau dah jodoh

Saturday, February 4, 2012 | |

Entry ini sambungan dari entry PUTIH

Baru dua minggu kami tinggal berdua dengan dia, dan dia baru hilang satu hari, itu sudah mampu membuatkan kami menitiskan air mata..

satu malam tanpa dia dirumah, membuatkan fikiran kami bercelaru, fikirkan dia, mana dia p, dia makan ka, dia dlm bahaya ka, dia sihat ka, dia marahkan kami ka, dia merajuk ka, dia dah jumpa orang lain ka, sampai hati tinggalkan kami...

hilang dia, rasa macam hilang sesuatu yang amat berharga buat kami, air mata mengalir seniri, menangis macam kawan kami yang kecewa putus cinta

kami pernah kata, siapa yang putus cinta then menangis meraung dan berkata dia tak dapat teruskan kehidupan tanpa kekasih hati, dia adalah seorang yang bodoh, sebab berkata kata dan buat keputusan tanpa berfikir panjang, sebelum dia berkenalan dengan kekasih dia, macam mana dia teruskan kehidupan? boleh ja hidup sampailah diorang berjumpa, sihat walafiat ja, bila dah jumpa terus takboleh berpisah *konon*, bila perkara ni terjadi dekat kami, baru kami faham, kekasih yang sedang kecewa dan tak dapat teruskan kehidupan itu bukanlah bodoh, dia cuma tidak waras buat seketika, sebab dia dalam keadaan yang sedih, sedih dengan apa yang terjadi, sedih mengingatkan kenangan kenangan yang lalu, sedih kerana tiada orang yang akan menggembirakan dia lepas ni, bila perasaan ini tak terkawal, dia akan beranggapan dia tidak akan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, sebab tu lah orang yang kecewa selalu berkata begitu. Ya kami sedih waktu kehilangan dia, mengeluarkan air mata, tapi Alhamdulillah kami masih waras, kerana tak salah untuk bersedih dah menangis, cuma janganlah sehingga perasaan itu mendominasi diri, kami dapat teruskan kehidupan seperti biasa, cuma tanpa dia...

Sebelum mengahkiri hari yang sedih itu, kami berkata kata pada diri, KALAU ADA JODOH, kami akan berjumpa dia lagi..orang ada berkata, kalau kita mencintai seseorang, lepaskan dia pergi, kalau dia jodoh kita, dia akan kembali.. dalam kisah kami ni, tidak lah sampai tahap memcintai, hanya SAYANG =)

Pagi keesokannya kami menjalankan rutin harian seperti biasa, cuma tak perlu sediakan makan untuk dia, yang lain masih sama, pergi sekolah, masuk lab, buat analysis, tulis tulis tulis, pergi situ, buat ini, sampailah waktu lunch, amik kunci, pakai helmet, start moto, dan balik rumah , yup, kami kalau sorang sorang kami suka makan kat rumah, lebih selesa dan dekat jeh pon... =)

Sampai dirumah, kami terdengar seperti suara dia memanggil kami, hati berdebar debar, dia kah? atau hanya ilusi kami? tergerak hati untuk mengenguk ke luar pagar, tak salah kalau hanya melihat.. dan ya! dia ada di seberang jalan! bukan ilusi, ini realiti! kami pangil dia, "PUTIHHHH~" dia berlari melintas jalan dan terus masuk kerumah berlari2 kearah dapur, lapar agaknya =)

Alhamdulillah...itulah orang cakap, KALAU ADA JODOH, pasti akan berjumpa lagi =)

itulah Kisah Putih 






ps: putih dah selamat balik penang
ps2: terima kasih dekat kawan yang sudi mententeramkan hati sewaktu sedih

PUTIH

Thursday, February 2, 2012 | |

8.15am
Kami nk p sekolah, dia nk ikot skali, kami tak bg, kami letak dia dalam kawasan rumah balik, then kami kunci pagar, pagar tu ada lubang lubang, muat ja kalau dia nk keluar, tp dia tak keluar, maybe sbb misai dia tak lepas kot, sbb orang kata kucing kalau nk lalu kawasan kecik, dia akan ukur dengan misai dia, kalau misai dia lepas, maka dia assume badan dia pon lepas lah.

10.00am
kami balik umah jap, nk amik sijil, dia tengah tunggu depan pagar, slalu dia akan nyorok bawah sangkaq dia, bila kami masuk moto dlm kawasan rumah baru dia akan keluar, tp harini tak...kami cari cari sijil n siap utk keluar balik, dia buat perangai taknak keluar dari rumah, slalu bila kami pakai helmet ja dia pon akan ikot keluar skali, sbb dia tau tuan dia nk p sekolah dan dia kena tunggu kat luar, tapi harini tak...

around 1.00pm
Kami balik rumah nk bg dia makan, parking moto dlm kawasan rumah, dia tak keluar mcm biasa, kami cari bawah sangkaq dia, takdak..kami masuk rumah cari di pintu belakang, takdak jugak..p depan balik, cari dalam longkang kalau2 dia terjatuh, takdak jugak, cari kat umah sebelah kot2 dia masuk n tak dpt keluar, takdak jugak..mana dia p ni, dlm fikiran ligat je cari possibilities lain yang menyebabkan dia takdak kat rumah..maybe dia jalan jap kot, takpe, kami bukak pagaq luas2 supaya nnt dia nmpak dan terus lari balik rumah.. 

1.15pm
dia tak balik lg

1.30pm
takdak jugak, makanan yg kami beli masih dlm plastik

1.45pm
sedih sangat dia tak balik lg..

2.00pm
kami kena p sekolah, dia tak nmpak rupa pon nk balik, nk tutup pintu, risau nnt dia balik takboleh masuk pulak, tak tutup nnt BAHAYA! maka tutup je pintu, dengan harapan nnt petang dia ada tunggu dpn pintu rumah ni


4.00pm
ujan turun...risau sangat kalau dia tak balik lg, nnt dia kena ujan, dah la dia kecik lagi...

5.15pm
ujan tak berenti lagi, jasad ada  di sekolah, tp pemikiran ada di rumah, fikirkan dia yg ntah ada di mana


6.15pm
ujan dah berenti sikit, kami redah jugak balik, risau kalau dia duk dlm ujan..balik rumah, buka pintu pagar, mata melilau cari dia, tapi....hampa...dia takdak jugak...tapi diri ni masih percaya yang dia akan balik, maka kami pon bukak pagar luas luas dengan harapan dia nampak pagar rumah terbuka dan dia akan berlari balik

6.45pm
ada bunyi kucing bergaduh, hati rasa tak senang, keluar rumah untuk cari punca bunyi tu, tak nmpak, masuk rumah ambil helmet dan kunci moto, start moto dan cari dikawasan berhampiran, hampa...kucing liar lain yg bergaduh rupanya...dah alang2 naik moto, terus cari di lorong lorong lain,dgn harapan dpt jumpa dia balik, namun balik dengan hati yg kecewa..

7.00pm
kami bukak lampu luar, supaya nnt dia nmpak rumah ni cerah, dia tau ada orang dan dia akan balik rumah..

7.35pm
sembahyang magrib, selalu dia akan main2 disebelah, bila time baca Quran, dia akan duduk diam di atas sejadah, mungkin dia mendengar, mungkin dia memahami, dan dia kan makluk Allah juga, tapi harini dia takdak...kosong sangat rasa.. :'(




sehari ja lagi, sehari ja.....esok dah nk balik penang....kenapa perlu hilang harini... putih p mana...... huhuhuhuhuhuuuuuuuuuu T_T




ps: ya, kami menangis

penat dan letih dan sedih

Wednesday, February 1, 2012 | |




ps: ini sejenis entry #WW, maka tidak perlukan sebarang penjelasan
ps2: tiada kucing tercedera semasa melakukan penggambaran

sekian terima kasih



ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers