Kalam dan Lohmahfuz VS Qada' dan Qadar

Thursday, February 21, 2013 | |



KalamAlat yang digunakan untuk menulis
Lauh (baca 'loh') : tempat tulisan dihasilkan

Lohmahfuz tu tempat pertama proses penciptaan makhluk. Kiranya semua orang yang lahir dimuka bumi ni sebelum ni berada di lohmahfuz, di sana dah ditetapkan secara detailnya segala sifat, zat, fungsi, kejadian dan segala galanya tentang orang tu. Bila dah dilahirkan di bumi ni, perkara yang sebelumnya ditetapkan tu akan menjadi realiti, dan tak salah sikit pon.

Allah tu, Dia dah tau apa yang bakal terjadi kat seeeeeemuaaaa umat dia. Allah dah tulis semuanya sebelum Dia cipta pun. Walaupon camtu, semua yg terjadi tetap mengikut apa yg dah Allah tuliskan. Sebab tu Allah tu maha mengetahui =)

Selalunya apa yang terjadi mesti kita akan cakap, 'dah takdir macam tu', atau dengan kata lain ialah 'qada' dan qadar'.  Imam al-Nawawi pernah cakap dalam Sharh Sahih Muslim yang 'takdir' ni mmg wujud, so Qada' dan qadar ni mmg betul lah. kan tadi dah bagi tau yang setiap yang berlaku memang dah ditetapkan di Lohmahfuz, setiap satu perkara yang berlaku diketahui oleh Allah dan berlaku pada masa yang sesui dengan sifat2 tertentu. Takdir ni jugak bukanlah satu paksaan, tetapi hanya satu pengkhabaran....

apa maksud 'bukan paksaan' dan 'pengkhabaran' ni???

okay, fahami situasi ini:

ada seorang pelajar, dari keluarga yang agak susah, dia malas belajar, dan tak berusah untuk memperbaiki keadaan sosial hidup dia, akhirnya dia tak lulus exam dan tetap dengan kehidupan dia yang susah. Bila ditanya, dia cakap "owh, aku memang dah ditakdirkan untuk hidup susah macam ni".

okay, itu adalah 100% SALAH.

Sebenarnya, 'Takdir' yang telah ditetapkan kepada pelajar tu adalah satu pengkhabaran atas sikap dia yg malas belajar dan tak berusaha untuk memperbaiki hidup dia yg susah. ianya bukan satu paksaan, sebenarnya pelajar tu yg dah pilih jalan yg mana akhirnya dia ditakdirkan hidup susah.

Faham? =)

SEKIRANYA pelajar tu pilih jalan untuk berusaha bersungguh2 dah rajin untuk bekerja, takdir yg bakal ditempuh pelajar tu adalah....jeng jeng jeng.. mestilah takdir yang BERBEZA dari jalan yang sebelumnya...sebab setiap yang berlaku adalah bersesuaian dengan masa dan sifat2 tertentu yang telah ditentukan oleh Allah =)

Nak tahu tak, hanya ada DUA takdir yang memang tak dapat diubah dan dah tetap walau jalan mana pun yang telah dipilih oleh orang tu, 
satu, ajal
dua, jodoh

Hanya DUA tu ja qada' dan qadar yang tak dapat diubah oleh manusia, yang lain seeeeemmuuaaaanya berubah bergantung pada jalan yg dipilih. So, lepasni sila lah jangan salahkan qada' dan qadar atau takdir atas apa yang terjadi atas diri sendiri, sesungguhnya kita telah diberi pilihan dan diri sendiri yg memilih jalan kehidupan yg macamtu :|

Apa yang boleh merubahkan takdir?

Doa!
ya, doa.
Al-Baihaqi dalam kitab al-Qada' wa al-Qadar meriwayatkan daripada Ibn Abbas; "Sesungguhnya waspada tidak dapat menyelamatkan sesuatu daripada takdir, namun doa dapat menolak takdir. Apabila doa menolak takdir, maka ia sebahagian daripada takdir."

Maka, kita kenalah terus meminta kepada Allah s.w.t tanpa berputus asa, dan haruslah berusaha kearah yg kita mahukan..

Jangan la doa ja, tapi takdak usaha langsong, memang tak laaaaa....Allah akan memberi ganjaran atas apa yg diusahakan sahaja..kalau dok goyang kaki, pastu doa ada nasik turun dari langit, memang makan ayaq ujan jelah jawapnyaaaa....tu pon kalau ujan turun -__-'



dari perhatian dan analisis kami kan,
nak tahu tak kenapa selalu tengok orang islam ni majoritinya kurang berjaya dari orang bukan islam? salah satu sebabnya adalah orang islam ni suka sangat menyalahkan qada' dan qadar, salahkan takdir, pastu usaha takmau, nak harapkan doa ja, korang ingat lepas doa tu 'ting' boleh dapat ja apa korang nak? usaha la weeeiii...kbai






ps: sekadar mahu berkongsi hasil perbincangan dan bacaan di SOLUSI isu 52, Febuari 2013
pss: Kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersilap taip, tersasul cakap, tergeliat lidah dan berbagai2 lagi, kami dahulukan dengan sorry eh =)
psss: cantik tak gambaq tu? aahahhaa :D

2 0 org berkata kata:

Hikaru Yui said...

betul tu... hidup mati, jodoh, rezeki... yg tu xleh ubah dan mmg dah ditetapkan sejak azali.. yg lain semua ada kaitan dgn usaha..

wlupun dah tahu.. tp masih ada yg xmahu usaha.. tu pilihanlah.. kena tanggung sendiri lepas tu.

=p

Mohd Ibrahim Saleman said...
This comment has been removed by the author.
ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers