Persiapan Majlis Perkahwinan | Checklist

Wednesday, December 30, 2015 | |

Assalamualaikum w.b.t.

Penghujung tahun 2015 ni, genaplah lima bulan kami bergelar isteri kepada Mr Husband kami. Rasa sat sangat tengok tengok dah lima bulan, nanti pejam celik hujan panas dah setahun, pejam pejam lagi dah bertahun tahun, harapan biarlah kekal berjodohan dan bahagia sampai ke syurga! Harapan yang sama juga ditujukan kepada kawan kawan yang lain, kepada yang belum tiba masanya, jangan risau, ada percaturan yang lebih baik untuk anda di masa hadapan :)

Owh ya, disebabkan kami baru jugak la mengemas dan menghabiskan sesi kira kira belanjawan majlis perkahwinan, maka kami bercadang untuk syer perkara perkara penting yang perlu diuruskan atau disemak sebelum majlis pernikahan /perkahwinan dijalankan. 

Disini ada contoh checklist untuk persediaan majlis nikah dan resepsi, checklist ni yang kami gunakan untuk semak perkara yang perlu dibuat sebelum majlis, simple, takde detail sangat, just list2 yang perlu diberi perhatian dan dibincangkan. 

List ini boleh di download di SINI  *don't worry its free! :D


Next post kami akan syer tentang pilihan butik perkahwinan, photographer dan beberapa perkara lain yang perlu diambil kira untuk sebuah majlis perkahwinan.

Semoga bermanfaat :D


A photo posted by Nurhazwani Yusoff Azudin (@sweetpearl24) on

Rangkaian Persiapan Majlis Perkahwinan

Kisah Lucy (Bukan nama Filem)

Wednesday, December 9, 2015 | |

Ini kisah Lucy (bukan nama filem)

Pada suatu malam, ada kawan kami pada waktu itu, whatsapp bertanyakan soalan, ringkasannya begini:

Hadi : *sending few pics* Hang nk jaga dia dak? Dia sakit, aku nak rawat, tapi takmau jaga dia
Wani: *after melihat few pics* Berdarah!?? comey..mai lah nk bela, takat bagi makan boleh ja

Hadi : ok, aku bawak p kabin esok
Wani: ok

Pada keesokan harinya, kelihatanlah seekor anak kucing yang diceritakan itu. tangannya berkudis, belakangnya cereda, ada benjolan dipangkal ekornya dan berdarah, ekornya patah dah tidak berfungsi, badannya kecil dan kurus. 


Kucing kecil itu diberikan nama Lucy.

Lucy dibawa ke vet untuk dirawat, vet pertama refuse to rawat Lucy, katanya luka dipangkal ekor Lucy dah dijangkiti virus dan ekor Lucy sudah tidak ddapat diselamatkan. 

Lucy dibawa ke vet yang lain, vet tu cakap perkara yang sama, luka Lucy dah dijangkiti virus, but dia bagi ubat untuk cuci luka Lucy dan senarai ubat untuk dibeli, tapi ubat tu berisiko boleh merosakkan buah pinggang Lucy. Untuk menyelamatkan Lucy, kawan kami belikan jugak ubat tu, dan menjadi tugas kami setiap pagi untuk mencuci luka dan bagi Lucy makan ubat. 






A photo posted by Hadi Jafar (@maverickhornet) on




Diringkaskan lagi, selepas beberapa minggu, luka Lucy semakin elok. Lucy pon semakin sihat. Kemudian Lucy pon berpindah dari kabin ke rumah sewa kami..




Di rumah, Lucy semakin happy, semakin menyesuaikan diri, makan pon dah banyak, dan semakin membesar bak juara!








































Lucy yang pada awalnya hanyalah kucing jalanan, berkudis dan cedera, dirawat dan dijaga, akhirnya boleh jadi cantik macam kucing lain juga :)





moral of the story: kucing kurap tepi jalan tu kalau rawat jaga and bagi makan baik2 boleh lawa jugak nanti, depa tunggu ja sapa yang sanggup ambik depa :)



Owh ya, kawan kami yang nk rawat Lucy tu, dah jadi husband kami skarang :D

Video Slow Motion | Nature

Tuesday, December 8, 2015 | |

Bercuti di Kundasang, Sabah

Friday, November 27, 2015 | |

Hah formal lah sangat tajuknya, bercuti di kundasang haa :D

Kalau ada follow instagram kami (konon lah org nk folow), ada la tengok kami update gambar gambar di sabah, dan sapa yang tak follow, meh nak cerita, kami berpeluang melawat negeri di bawah bayu pada awal November 2015 selama seminggu, melawat keluarga sebelah suami dan jalan jalan holiday happy happy menghitamkan kulit berjemuran dan lain lain hah amik pekej semua ada. Most of the time kami berada di kawasan Kota Kinabalu, dan kami berjaya mencuri peluang berjalan ke kundasang! tempat yang popular dengan ladang lembu macam di new zealand tuh! maka kami pon nak share lah pengalaman tak seberapa ni dengan kawan kawan.

Untuk kawan kawan yang datang dengan flight, jarak masa Kundasang dari Kota Kinabalu International Airport adalah 2 jam (drive kereta), plus minus lah dengan keadaan cuaca dan keadaan jalan serta lalu lintas. Sampai saja di pekan Kundasang, kami terus check-in dulu di Kinabalu Pine Resort. Sebelum pergi sana ritu kami dah survey beberapa tempat menginap, selepas beberapa review dan komen daripada org yang berpengalaman kesana, kami pilih untuk tinggal disini.


Kinabalu Pine Resort, Kundasang, Sabah

Tempat ni memang recommended, staff sangat membantu, tanya banyak pon tak kisah, layanan dengan senyuman lagi, sejuk ati haaa...dah la cuaca diluar pon sejuk, terus menggigil, lol >_<

Kawasan Kinabalu Pine ni memang lawa, bersih, view mengadap gunung kinabalu, bilik yang kami dapat pon bersih, kemas, yang penting toilet memang lengkap (tuala, sabun, syampu, gelas, sanitary bag, tisu, dustbin, shower cap), barang2 seperti iron boleh minta, siap sediakan payung lagi dalam bilik (untuk digunakan time hujan la ofkosss). Masa kami p tu, bayaran bilik (RM172.50) termasuk makan pagi dan makan malam. Makan dia bagi memang pehh kenyang, tak payah cari makan lain dah.  Bila waktu malam, wangiiiiii ja kawasan kt luar dia, maybe sbb pokok2 yang ditanam di sekeliling kawasan resort ni. Depa siap sediakan map lagi untuk memudahkan kita nak susun perjalanan disana :)


Map kawasan kundasang
Map kawasan Ranau
Bagi kawan kawan yang datang ke Kundasang dari arah Kota Kinabalu, ada beberapa kawasan yang boleh disinggah dalam perjalanan:

1. Rumah terbalik - Entrance fee seperti dibawah:


Komen: Hurm...kalau rasa nk masuk jugak sebab teringin dan kalau tak masuk nanti balik termimpi mimpi, masuk jelah...kalau tak yu ols tak masuk pon xpe..sebab sekejaaapppppppp sangat haa, bukan boleh amik gambaq pon, dia kumpul ramai2, lepas tu dia bagi sepatah dua kata explain pasai rumah tu, lepas tu masuk and keluar -_- sepatah dua kata itu adalah dia menceritakan rumah tu dibuat menggunakan konsep rumah tradisional org bajau..dan susunan dia pon ikut konsep tu jugak.

2. Pekan Nabalu - pekan untuk shopping barang2 kraftangan, dia punya konsep sama dengan pekan jual barangan kat cameron highland

3. National Park - Entrance Fee : RM3 ( kalau x silap lah, serius takingat)
- dalam ni boleh buat macam2 aktiviti, boleh pergi ke kaunter pertanyaan dia dan dapatkan map serta penerangan. orang2 yang nak mendaki pon masuk lalu sini jugak. kalau nk buat aktiviti kat sini, sila lah pakai kasut ya, sebab kena berjalan kaki melalui trail yg disediakan.

4. Strawberry Garden - Disini ada cafe, resort dan ladang strawberry, masa kami p tu dia kata strawberry x banyak, maka kami tak masuk pon lah, sebab dah pernah pergi ladang di cameron, takde lah rasa apa sangat heee :D

Okay itu saja yang dalam pengetahuan kami, maklumlah baru beberapa hari di sana, tak sempat nk cover semua heee :D

Owh kalau tak sempat singgah masa dalam perjalanan pergi, boleh ja singgah masa dalam perjalanan balik nanti, sebab jalan yang sama ja.. :)

Di Kundasang pulak ada beberapa kawasan yang menarik jugak, antaranya:

1. Tamu - Di bulatan pekan kundasang. setiap petang khamis hingga tengah hari Jumaat. Tamu ni di kawasan lapang mengadap gunung kinabalu, lawaaa sangat! Tamu tu pasar lah, pasar yang menjual segala barangan tempatan dan import, haha, kalau nk merasa cili sabah yg pedas gila, boleh la p cari disini :D

2. War Memorial - Entrance fee: RM2.00

3. Desa Dairy Farm - Entrance fee: RM5.00. Open Daily dari 8pg hingga 5 ptg.


Nak tau kenapa kami tak explain banyak pasai war memorial tu? sebab kami tak p! hahaha..tak sempat haaaa...habis masa kat desa dairy farm ni ja, mana tak nya, memang banyak aktiviti kat sini, ditambah lagi dengan aktiviti tangkap gambaq! :D

Di desa dairy farm ni, lepas bayar entrance fee, depa akan bg satu kertas kecik yg mengandungi list aktiviti di situ, antaranya ialah:

1 Sigh seeing
2. Milk processing & packaging view (Tues, Thurs, Sun - 8am to 1pm)
3. Milking process viewing (everyday -3pm)
4. Calf pen activity (everyday)
5. Cow barn viewing (everyday - 8am to 1.30pm)
6. Guided tour -first session-10.45am,  second session - 2.45pm

maka uruslah masa dan hari anda dengan baik >_<

dibawah adalah beberapa gambar aktiviti di sana

Entrance Ticket

Milking process viewing 

Calf pen activity
Untuk calf pen activity, satu botol susu kena bayar RM1.50, boleh pilih nak bagi pada baby lembu or baby kambing. Kami bagi pada kedua duanya, dan melalui pemerhatian kami, cewah, baby lembu ni kan, bila susu dah habis dalam botoi pon dia dok isappp jugak tak berenti, lepastu kalau bagi botoi kosong pon dia isap jugak macam la ada susu. Baby kambing ni lain pulak, habis ja susu dalam botol, terus dia buang, bila bagi botol kosong siap p jauh lagi ha, sekian pemerhatian.



Harga menu di Desa Dairy farm, Kami suggest untuk pergi beli susu paling popular di sabah, haruslah susu keluaran ladang ni sendiri, Susu Desa, peeehhhhhh....rasa dia sedap gila lemak berkrim dan fresh! kami tak jumpa susu sedap mcm ni kat semenanjung hahaha! Kalau beli susu ni ladang ni, murah la berbanding beli di Tong Hing :)  

And paling penting disini, THE VIEW!





Okay setakat itu dulu, ini baru kundasang, belum masuk Ranau, Ranau dengan kundasang ni sebelah2 ja, and di Kinabalu Pine Resort ada diberikan map untuk jalan jalan di Ranau, Di Ranau ada Sabah Tea Plantation, bagi kami, view tea plantation di Cameron lagi menarik dan lawa, heee :D sapa suka minum sabah tea, boleh la beli terus disini, ada boleh buat trip melawat kilang proses teh jugak, and disini ada dijual sabah tea yg berperisa, ada perisa pandan, cinnamon, serai, misai kucing, geranium, dan banyak lagi, setakat ni paling jatuh hati kat perisa pandan lah, dah la wangi, memang rasa pandan! hahaha...

Then diranau ada Poring hot spring, hot spring ni siang hari jeh tau, jangan dok p malam2 plak macam di baling nuh, kawasan air terjun pon ada kat sini, memang besar lah jugak nk explore, kalau rajin boleh jalan kaki masuk dalam sikit p ke tempat rama rama :)

Jika berpeluang, memang nak p lagi ;)



Problem with EScienceFund Web

Tuesday, September 8, 2015 | |

Lama sungguh menyepi, nampak la tersangat busy sampaikan terabai sungguh blog ni. So, untuk permulaan ni, kami nak bantu researcher2 di malaysia ni yg menghadapi masalah untuk apply grant EScienceFund yg baru bukak ni.

Untuk Apply EScienceFund, system hanya akan beroperasi dengan jayanya menggunakan Microsoft Internet Explorer 6.0 or higher. Firefox, Chrome or lain2 jangan guna na.


Fig1: Web yang bermasalah, dah key in tajuk, tapi characters tak dapat detect dan tak dapat click 'Done'

Fig2: layout untuk pengguna Microsoft Edge. *Note: Web hanya boleh digunakan dengan baik apabila menggunakan Internet Explorer 6.0 dan keatas.

Fig3: Bagi pengguna Microsoft Edge, anda perlu click pada hujung kanan windows (arrow merah) dan click 'open with Internet Explorer'.

Fig4: Right click pada bar di atas , dan tick menu bar 

Fig 5: click tools > compatibility view setting

Fig 6: Key in web link 'mosti.gov.my' dan tekan 'add'

Fig 7: Login ke acc EScienceFund

Fig8: Web berfungsi dengan baik. 
Selamat mengapply grant wahai researcher sekalian!

:)


ps: terima kasih kepada puan suzilah yang membantu saya dalam menyelesaikan masalah ini
pss: ini bukan blog rasmi MOSTI atau EScienceFund. Sebarang pertanyaan bolehlah direct kepada:

Helpdesk
Contact Details
Tel : 03 - 8885 8145 / 8842 / 8758 / 8144 / 8852 / 8778
email :sciencefund@mosti.gov.my
Monday - Friday (8.30AM - 5.30PM)

Thank you.

Penang Butterfly Farm | #GrowMeToKnowMe | Location, entrance fee, operating hour, GPS coordinate

Sunday, February 8, 2015 | |

Assalamualaikum and Hi yu ols!!

Kalini kami nak cerita pengalaman kami melawat Penang Butterfly Farm secara PERCUMA!! :D

Camana kami boleh masuk percuma?? meh kami cerita :)

Pada November 2014, Penang Butterfly Farm ada menganjurkan kempen #GrowMeToKnowMe, dimana pihak Penang Butterfly Farm akan memberikan pasu pasu kecil yang telah mengandungi biji benih pokok yang dirahsiakan, dan peserta kempen dikehendaki untuk menjaga pasu itu dan mengenalpasti pokok apa yang telah ditanam dalam pasu itu, kemudian  memberikan update tentang pokok itu di instagram. Kami berpeluang untuk menyertai kempen ini semasa melawati booth Penang Butterfly Farm di Mini Penang Science Fair. Kami diberikan pasu kecil (PERCUMA!) dan dikehendaki untuk jaga pasu tu, siram dia, letak bagi kena cahaya matahari, lepastu bila dah ada pokok tumbuh, jaga bagi besaq, dan kenalpasti pokok apa yg ditanam tu. Haaa...mencabar woh! 



Tarikh last untuk berikan jawapan pokok apa dalam pasu tu adalah pada 18 Disember 2014. So..pada 18 Disember, kami pon dah agak yakin yang kami jaga tu adalah pokok keembung (balsam), so kami post lah dekat instagram cenggini..


And surprisingly kami terpilih sebagai salah seorang pemenangnya!
Bukti kami menang! haha!
Hahh! bahagianya rasa!! nak tahu kenapa?? sebab..hadiahnya adalah... Fujifilm Instax Mini 8 Camera!! Kami memang nak sangat camera ni, maklumlah org giler camera hew hew hew, tapi kami kedekut nak p beli pakai duit sendiri, so simpan dalam hati saja, lolz

Pada 28 Disember 2014, kami dijemput untuk mini event pemberian hadiah kepada pemenang.. and taraaa...

senyiummm dapat hadiah hihi
See.. i got instax camera!

And 2 free entrance ticket to Penang Butterfly Farm!!
 Haaaaa gitu la cerita nya camana kami dapat tiket free tuuu...hahahah...

Dah alang2 sampai situ, ada free tiket pulak, maka masuk jelahhh... meh kami belanja picca ciked :p

Penang Butterfly farm Signboard 
Entrance to the farm

Pusat penetasan rama rama, hah betui ka dak ni 
Rama rama fresh dari ladang haa... tengok sayap pon x betui lagi :D

Kepompong rama rama


Bukan rama rama semata kat sini tau
Segmen cari binatang tersembunyi :p

Lawa jugak landscape dalam sini 





every 10.30am and 3.00pm akan ada show tentang bugs, pelawat berpeluang untuk pegang sendiri bugs such as tarantula and scorpion!

Tarantula

Scorpion
Every 10.30am and 3.00pm juga akan diadakan sesi perlepasan rama rama yang telah menetas! eh rama rama panggil menetas keh? 

yayy! kami berpeluang meng'free' kan seekor rama rama :D
Actually Penang Butterfly Farm ni ada 3 bahagian, satu bahagian outdoor, iaitu banyak rama rama, itik, serangga2 dan ikan. Bahagian kedua adalah bahagian indoor, iaitu banyak insects dan bugs dan binatang lain seperti lizards,dan pameran tentang serangga2 ni. Bahagian ketiga adalah bahagian shop..ada banyak jualan souvenir dari penang butterfly farm seperti t-shirt, fridge magnet, rantai, buku nota, accessories dan lain2 lagi untuk dibeli..


Thank you Penang Butterfly Farm! :)

 That's all for now..bye!



--------------------------------------------------------UPDATE!-------------------------------------------------------------

ENTRANCE TICKET PRICE
ADULT: RM 27.00 per person
CHILD: RM 15.00 per person
CHILD (3 years & below): FREE ADMISSION
SENIOR CITIZEN: RM13.50 per person (proof of age required)
MYKAD/MYKID HOLDER: 33.3% discount on adult/child entrance price (upon presentation of MyKad/MyKid)
Note:-
Adult: Aged 13 years old & above
Child: Aged 4 to 12 years old
Senior Citizen: Aged 58 years & above

DIGITAL VIDEO CAMCORDER/DIGITAL CAMERA USAGE CHARGES
Digital Video Camcorder: FREE OF CHARGE
Digital Camera: FREE OF CHARGE

OPERATING HOURS
9.00am – 6.00pm (Last Entry at 5.00pm)
DAILY including public holidays.
**Penang Butterfly Farm is open 365 days all year round except half day on the eve of Chinese New Year Day

Discounts are available to school bookings and other large groups. Please contact us for prior bookings and other services such as educational program which can be conducted with groups and more information to enjoy special rates.


Customer Service:
Tel : 604-885 1253
Fax : 604-885 1741
Address : 830 Jalan Teluk Bahang,
Teluk Bahang, 11050 Penang. Malaysia.
Email : info@butterfly-insect.com

Rapid Penang Route No: U101, U105

WAZE: Penang Butterfly Farm
GPS Coordinate: 5°26'51"N 100°12'54"E

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers