Persiapan Majlis Perkahwinan | Checklist

Wednesday, December 30, 2015 | |

Assalamualaikum w.b.t.

Penghujung tahun 2015 ni, genaplah lima bulan kami bergelar isteri kepada Mr Husband kami. Rasa sat sangat tengok tengok dah lima bulan, nanti pejam celik hujan panas dah setahun, pejam pejam lagi dah bertahun tahun, harapan biarlah kekal berjodohan dan bahagia sampai ke syurga! Harapan yang sama juga ditujukan kepada kawan kawan yang lain, kepada yang belum tiba masanya, jangan risau, ada percaturan yang lebih baik untuk anda di masa hadapan :)

Owh ya, disebabkan kami baru jugak la mengemas dan menghabiskan sesi kira kira belanjawan majlis perkahwinan, maka kami bercadang untuk syer perkara perkara penting yang perlu diuruskan atau disemak sebelum majlis pernikahan /perkahwinan dijalankan. 

Disini ada contoh checklist untuk persediaan majlis nikah dan resepsi, checklist ni yang kami gunakan untuk semak perkara yang perlu dibuat sebelum majlis, simple, takde detail sangat, just list2 yang perlu diberi perhatian dan dibincangkan. 

List ini boleh di download di SINI  *don't worry its free! :D


Next post kami akan syer tentang pilihan butik perkahwinan, photographer dan beberapa perkara lain yang perlu diambil kira untuk sebuah majlis perkahwinan.

Semoga bermanfaat :D


A photo posted by Nurhazwani Yusoff Azudin (@sweetpearl24) on

Rangkaian Persiapan Majlis Perkahwinan

Kisah Lucy (Bukan nama Filem)

Wednesday, December 9, 2015 | |

Ini kisah Lucy (bukan nama filem)

Pada suatu malam, ada kawan kami pada waktu itu, whatsapp bertanyakan soalan, ringkasannya begini:

Hadi : *sending few pics* Hang nk jaga dia dak? Dia sakit, aku nak rawat, tapi takmau jaga dia
Wani: *after melihat few pics* Berdarah!?? comey..mai lah nk bela, takat bagi makan boleh ja

Hadi : ok, aku bawak p kabin esok
Wani: ok

Pada keesokan harinya, kelihatanlah seekor anak kucing yang diceritakan itu. tangannya berkudis, belakangnya cereda, ada benjolan dipangkal ekornya dan berdarah, ekornya patah dah tidak berfungsi, badannya kecil dan kurus. 


Kucing kecil itu diberikan nama Lucy.

Lucy dibawa ke vet untuk dirawat, vet pertama refuse to rawat Lucy, katanya luka dipangkal ekor Lucy dah dijangkiti virus dan ekor Lucy sudah tidak ddapat diselamatkan. 

Lucy dibawa ke vet yang lain, vet tu cakap perkara yang sama, luka Lucy dah dijangkiti virus, but dia bagi ubat untuk cuci luka Lucy dan senarai ubat untuk dibeli, tapi ubat tu berisiko boleh merosakkan buah pinggang Lucy. Untuk menyelamatkan Lucy, kawan kami belikan jugak ubat tu, dan menjadi tugas kami setiap pagi untuk mencuci luka dan bagi Lucy makan ubat. 






A photo posted by Hadi Jafar (@maverickhornet) on




Diringkaskan lagi, selepas beberapa minggu, luka Lucy semakin elok. Lucy pon semakin sihat. Kemudian Lucy pon berpindah dari kabin ke rumah sewa kami..




Di rumah, Lucy semakin happy, semakin menyesuaikan diri, makan pon dah banyak, dan semakin membesar bak juara!








































Lucy yang pada awalnya hanyalah kucing jalanan, berkudis dan cedera, dirawat dan dijaga, akhirnya boleh jadi cantik macam kucing lain juga :)





moral of the story: kucing kurap tepi jalan tu kalau rawat jaga and bagi makan baik2 boleh lawa jugak nanti, depa tunggu ja sapa yang sanggup ambik depa :)



Owh ya, kawan kami yang nk rawat Lucy tu, dah jadi husband kami skarang :D

Video Slow Motion | Nature

Tuesday, December 8, 2015 | |

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers