Persiapan Majlis Perkahwinan | Hantaran | Minyak wangi terbaik

Monday, January 11, 2016 | |

Dalam banyak2 perkara nak buat untuk persiapan kahwin ni, antara yang paling pening pala jugak adalah nk cari barang hantaran. Nak decide nk beli  apa pon susah jugak! Yelah, tengok benda semua mau! Hahaha…

Dalam checklist yg kami bagi dalam post sebelum ni, dah ada tersedia contoh barangan2 untuk dibelikan sebagai hantaran


Checklist boleh di download di post persiapan perkahwinan sebelum ini.


Secara peribadi, kami ni seorang yang sangat simple, tak pakai barangan branded, tak minat bag tangan, tak minat nak beli barangan make up, tak minat pakaian berjenama, baju kami kebanyakannya baju t shirt biasa dan murah saja, beli kat giant ja selai RM10 hahaha! So bila bab cari barang hantaran ni, husband cakap, biarlah berjenama, mahal sikit dari yg dok beli selalu, sebab bukannya selalu nk berbelanja macam ni pon, kebetulan ada rezeki lebih waktu tu, rezeki orang nk kawen! Hahaha.. so kami pon mula lah mencari2 barangan dan salah satunya adalah minyak wangi.

Mula ja survey2 barang hantaran, macam macam minyak wangi kami cuba, merata store minyak wangi kami pergi, dan macam2 harga kami jumpa, time tu lah baru kami didedahkan dengan nama nama minyak wangi yg fofular gittew. Mencuba tu memang best, tapi yang tak bestnya bila dikedai ni, ada lah beberapa situasi yang kami pernah hadapi, yelah kami org yang simple, jalan mall pakai selipar ja hahaha.. bila tanya2 pasai minyak wangi mahal ni,sales person dia bukan nk cerita sangat pon, mesti dia dah syak kami tak mampu nk beli pon, hurmm… so salah satu alternative korang2 sekalian kalau nk beli2 ni, boleh ja beli online, salah satu web yg dipercayai dan jual minyak wangi online ni is ZALORA


ZALORA ada menyediakan beberapa review minyak wangi yang available di web depa, antaranya adalah:




The Body Shop
Jenama antarabangsa yang terkenal ini telah ditubuhkan pada tahun 1976 di England dan menawarkan rangkaian produk mandian, penjagaan badan dan rambut, kosmetik dan juga set wangian. Sehingga hari ini, The Body Shop boleh ditemui di lebih 3000 buah cawangan di lebih daripada 60 buah negara. 


L’OCCITANE
Bagi jenama dari Perancis ini, ia bukanlah satu jenama yang perlu diperkenalkan lagi. Ratarata penggemar set haruman pastinya sedia maklum dengan haruman koleksi wangian L’occitane yang kekal sepanjang hari. 

SimplySiti 
Seperti yang anda ketahui, jenama wangian SimplySiti ini telah dikeluarkan oleh penyanyi no 1 Malaysia, Dato Sini Nurhaliza. Jenama tempatan yang tidak kurang hebatnya ini juga ini mengeluarkan rangkaian kosmetik yang setanding dengan jenama-jenama antarabangsa yang lain. 


So gais, boleh lah ke web ZALORA dan survey2 jenama minyak wangi terbaik anda!

Owh ya, pada yg fikir2 apalah membazirnya beli minyak wangi mahal2, bg kami, tak salah kan, sekali ja untuk kahwin, bukan nya takleh pakai dah lepas kahwin, sampai sekarang pon dok boleh pakai lagi haaa…hihi..


Next will be update pemilihan bridal kami! ;D


0 0 org berkata kata:

ALL RIGHTS RESERVED. COPYRIGHT © 2009-2016 BY NURHAZWANI PHOTOGRAPHY. Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers